View: 330|Reply: 0
|
[Johor]
13 ahli geng curi kebal kena cekup
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Berpakaian lengkap kontraktor penyelenggaraan jalan untuk mengaburi mata orang ramai ketika 'bekerja' antara 3 pagi hingga 6 pagi.
Itu modus operandi digunakan Geng Kabel Mat Lee yang aktif mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) yang ditanam di kawasan Seri Alam sejak Mei lalu.
Kegiatan kumpulan itu tumpas selepas 13 individu termasuk sembilan warga asing diberkas polis, Selasa lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 25 hingga 47 tahun.
"Kumpulan ini aktif mencuri kabel hingga menyebabkan syarikat kerugian kira-kira RM800,000.
"Suspek ini berpakaian seperti pekerja kontraktor yang sedang melakukan kerja penyelenggaraan, malah lengkap dengan ves pantul cahaya, kasut but, letak penghadang jalan, lampu 'beacon' selain miliki peralatan memotong kabel.
"Cara ini mereka dapat mengaburi mata pihak berkuasa apabila berhenti di tepi jalan dan melakukan kegiatan pada awal pagi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
KAMARUL Zaman menunjukkan barangan dan kabel yang dirampas selepas penahanan ahli Geng Kabel Mat Lee. FOTO Omar Ahmad.
Kamarul Zaman berkata, dengan penahanan ahli kumpulan itu, polis menyelesaikan lapan kes curi kabel TM dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Susulan kes, katanya, pihaknya menjalankan Ops Lusuh Bergerak, Khamis lalu yang menahan lima pemilik premis barang lusuh dipercayai membeli kabel dicuri geng terbabit pada harga RM35 sekilogram.
"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan jika ada saki baki kumpulan yang masih bebas," katanya yang memberitahu kes membabitkan pemilik premis barang lusuh disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ri-kebal-kena-cekup |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|