|
Seremban: Kontraktor rumput tiruan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menipu seorang wanita bagi mendapatkan geran bantuan usahawan tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian lebih RM300,000, tahun lalu.
Tertuduh, Muhamad Syafiq Harun, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan curangnya menipu seorang wanita berusia 43 tahun bagi mendapatkan wang dengan menawarkan geran SME Corp tidak wujud dengan cara meminta mangsa membuat 14 transaksi pembayaran berjumlah RM310,500 ke dua akaun bagi mendapatkan geran yang dijanjikan.
Wanita itu tidak akan membuat transaksi wang berkenaan sekiranya tidak diperdaya tertuduh.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis perniagaan di Bandar Primas Senawang, di sini, pada 19 Januari 2022.
Justeru, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun, sebat dan denda.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulfikri Mohd Nasir mencadangkan wang jaminan sebanyak RM30,000, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,000.
Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan.
Hakim turut memutuskan 11 September depan bagi sebutan semula dan lantikan peguam.
Tertuduh, Muhamad Syafiq Harun, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erniagaan-tak-wujud |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|