View: 245|Reply: 0
|
[Johor]
Hilang setiap jam 1.30 pagi, rupanya...
[Copy link]
|
|
SUSPEK diiringi anggota polis selepas direman seminggu kerana didakwa merogol. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Seorang lelaki sanggup berulang-alik sejauh hampir 300 kilometer (km) semata-mata mahu melakukan perbuatan terkutuk terhadap remaja sebelum ditahan semalam.
Suspek berusia 22 tahun bekerja di sebuah restoran makanan segera dilaporkan menunggang motosikal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Bukit Kepong, dekat sini sebelum merogol kenalannya di belakang sebuah rumah.
Difahamkan, kejadian berlaku sejak Mac lalu apabila suspek dikatakan membuat temujanji dengan mangsa berusia 14 tahun sebelum bertemu untuk melakukan perbuatan itu dalam kebun sawit.
Kejadian itu bagaimanapun terbongkar apabila abang mangsa hairan adiknya kerap 'hilang' setiap jam 1.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata abang mangsa kemudian menyiasat sebelum mengetahui adiknya melakukan hubungan seks dengan suspek.
Katanya, susulan itu satu laporan polis dibuat di Balai Polis Bukit Kepong kelmarin.
"Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku sejak Mac lalu dan kali terakhir bulan lalu.
"Daripada maklumat diterima, suspek akan menghubungi mangsa terlebih dahulu sebelum mereka berjumpa di kebun sawit terletak belakang rumahnya," katanya.
Raiz Mukhliz berkata, bertindak atas laporan dibuat, suspek ditahan untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah reman selama seminggu terhadap suspek bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... am-130-pagi-rupanya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|