CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Selangor] 4 sindiket tumpas, dadah RM7.94 juta dirampas

[Copy link]
Post time 25-7-2023 05:48 PM | Show all posts |Read mode

HUSSEIN Omar (tengah) menunjukkan pistol serta pelbagai jenis dadah bernilai RM7.49 juta yang dirampas susulan serbuan di Lembah Klang, baru-baru ini. FOTO Faiz Anuar.

Shah Alam: Empat sindiket memproses dan mengedar dadah tumpas selepas polis menahan 16 individu termasuk lima wanita di sekitar Lembah Klang.

Mereka yang berusia antara 18 hingga 61 tahun ditahan menerusi tujuh serbuan bermula 17 hingga 21 Julai lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam serbuan di Seri Kembangan, Kota Damansara, Putra Height, Jinjang dan Rawang, pelbagai dadah bernilai RM7.94 juta dirampas.

"Dadah yang dirampas adalah 1.32 kilogram (kg) heroin; heroin base (26.77kg); Methamphetamine (37.57kg); ganja (109 gram); pil Erimin 5 (42.86kg); kafein (26.85kg) dan ketamin (42.28kg).

"Dalam serbuan sama, sepucuk pistol jenis revolver dan peralatan serta bahan kimia untuk memproses dadah turut dirampas.

"Sindiket dipercayai mula aktif sejak awal tahun ini dengan menjadikan rumah sebagai tempat untuk menyimpan dan memproses dadah bagi pasaran tempatan terutama Lembah Klang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Hussein berkata, semakan mendapati tujuh daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, manakala dua suspek positif dadah jenis THC.

"Polis turut mengambil tindakan menyita aset sindiket yang dianggarkan bernilai lebih RM1.24 juta iaitu 12 kenderaan, pelbagai barang kemas, tiga jam tangan berjenama dan wang tunai.

Katanya, siasatan diteruskan untuk mengesan saki baki sindiket dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rm794-juta-dirampas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.034866 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list