View: 304|Reply: 0
|
[Johor]
Bapa berhenti kerja, 6 bulan teman anak di hospital
[Copy link]
|
|
Pesakit buah pinggang bocor, Adam Akhtar Mursyid, 11, yang mengalami jangkitan kuman di perut menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini. FOTO Ihsan keluarga Adam.
Johor Bahru: Seorang bapa terpaksa berhenti kerja dan berkampung enam bulan di hospital semata-mata menjaga anak tunggal yang disahkan Penyakit Buah Pinggang Bocor (Nephrotic Syndrom) sejak 2018.
Ahmad Ridzauddin Abu Bakar, 44, berkata, anaknya Adam Akhtar Mursyid, 11, bergantung kepada ubat-ubatan bagi merawat komplikasi dialami sebelum memulakan rawatan hemodialisis air atau Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD).
"Rawatan ini perlu dilakukan setiap lima jam, empat kali sehari. Saya mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaganya.
"Saya hanya mampu berdoa agar Adam diberi kesembuhan namun kami reda apabila kami sekeluarga terus diuji.
"Adam menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat serangan kuman peritonitis ke tangki dialisis air di perut sejak 29 Januari dan kumannya itu merebak ke perut," katanya.
Menurutnya, pembedahan pertama dilakukan bagi membuang tangki dialisis air pada 5 Februari lalu dan doktor pakar buah pinggang kanak-kanak juga melakukan pembedahan kecil pada bulan sama bagi membuat tapak dialisis darah sementara di bahagian pangkal paha.
"Kesan daripada antibiotik secara berterusan, Adam disahkan mengalami masalah pendengaran dan perlu menggunakan alat bantuan pendengaran pada masa depan," katanya.
Ahmad Ridzauddin berkata, demi memberi semangat kepada cahaya matanya itu, dia turut berkampung di HSI selama hampir enam bulan.
"Saya difahamkan bacaan kuman kini sudah normal namun doktor masih memantau keadaan Adam sehingga tamat tempoh kematangan ubat antibiotik hingga akhir Ogos ini.
"Memang sudah bertahun dia tidak dapat ke sekolah dan seperti kanak-kanak lain dia memang memiliki keinginan bersekolah dan menimba ilmu.
"Buat masa ini saya membelikan buku baginya selain menggalakkannya meluangkan masa dengan aktiviti memasang lego dan susun suai gambar supaya dapat mengalihkan fokusnya agar tidak bosan untuk tinggal lama di hospital selama berbulan-bulan," katanya.
Ahmad Ridzauddin berkata, anaknya juga menghidapi epilepsi atau sawan dan pernah diserang sawan sebulan dua kali.
"Saya dan isteri, Rafidah Aziz, 48, juga melakukan yang terbaik termasuk memastikan anakanda selesa.
"Kami bergantung kepada pendapatan isteri yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta dan terpaksa menanggung bayaran pinjaman perumahan, pinjaman sewa beli kenderaan dan perubatan anak.
"Bantuan RM500 daripada Baitulmal digunakan untuk membeli susu khas dan lampin pakai buang bagi kegunaan Adam setiap bulan," katanya.
Orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan kepada akaun 151061208192 (Maybank).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-anak-di-hospital |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|