View: 290|Reply: 0
|
[Johor]
Akaun palsu Che' Puan Besar Khaleeda promosi penghawa dingin
[Copy link]
|
|
Polis Johor menjalankan siasatan terhadap satu akaun Facebook menggunakan nama isteri Tunku Mahkota Johor, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam yang dipercayai palsu.
Johor Bahru: Polis Johor menjalankan siasatan terhadap satu akaun Facebook menggunakan nama isteri Tunku Mahkota Johor, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam yang dipercayai palsu.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima satu laporan polis dibuat seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun pada 3.19 petang semalam.
"Pengadu mendapati satu akaun Facebook menggunakan nama 'YAM Che' Puan Besar Khaleeda' itu adalah akaun palsu.
"Dalam hantaran akaun itu terdapat kapsyen yang menggambarkan seolah-olah Che' Puan Besar Khaleeda mempromosikan penghawa dingin dari Jepun," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada masa sama, Kamarul Zaman menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial untuk kepentingan peribadi dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... osi-penghawa-dingin |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|