View: 228|Reply: 0
|
[Johor]
Wanita rugi lebih RM350,000 terpedaya skim pelaburan
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU: Seorang wanita tempatan kerugian RM350,793.71 selepas terpedaya dengan skim pelaburan dikenali sebagai 'C CHARGE' yang disertainya bulan lalu.
Bagaimanapun, polis pada Selasa lalu berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun, yang juga pemilik akaun bank yang menerima pindahan wang daripada mangsa terbabit.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner MS Balveer Singh, berkata pihaknya menerima
laporan berkaitan kejadian membabitkan wanita berusia 47 tahun itu pada kira-kira jam, 12.49 tengah hari 15 Jun lalu.
"Berdasarkan siasatan, skim pelaburan ini mula beroperasi sejak Mac lalu dan menawarkan pulangan 100 peratus daripada jumlah wang dilaburkan mangsa.
"Bagaimanapun, selepas mangsa membuat pindahan wang, keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar," katanya dalam kenyataan, semalam.
Susulan itu, beliau berkata, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun, yang juga pemilik akaun bank yang menerima pindahan wang daripada mangsa bagi kes ini, pada Selasa lalu.
Balveer Singh berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sebatan, serta boleh juga didenda. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... daya-skim-pelaburan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|