View: 304|Reply: 0
|
[Johor]
Gara-gara tidak bertopi keledar, 3 sekawan maut digilis
[Copy link]
|
|
Tangkap layar kejadian kemalangan yang berlaku berhampiran Pasaraya Kipmall Tampoi, Johor Bahru.
JOHOR BAHRU – Tiga sekawan maut setelah motosikal dinaiki mereka terbabas sebelum digilis oleh empat kenderaan lain di Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam berhampiran Pasaraya Kipmall Tampoi, di sini pagi hari ini.
Dalam kejadian pukul 6.55 pagi itu, dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi ketika tiba di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, ketika kejadian berlaku ketiga-tiga mangsa yang tidak memakai topi keledar dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Skudai.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki mangsa terbabit dipercayai terbabas sendiri sebelum digilis empat buah kenderaan yang tidak sempat mengelak.
“Akibat kemalangan itu, dua mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi maut ketika ketika tiba di HSA untuk mendapatkan rawatan susulan.
“Kesemua mangsa berusia lingkungan 30-an, bagaimanapun polis belum dapat mengesahkan Identiti mangsa setelah tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, ditanya sama ada mangsa berada dalam keadaan mabuk ketika menunggang motosikal, beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat ketiga-tiga mangsa.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... kawan-maut-digilis/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|