Edited by pengecattaik at 29-7-2023 01:26 AM
Sikap Perikatan Nasional (PN) yang asyik meratib DAP serba bahaya terhadap Melayu dan Islam akhirnya menimpa diri sendiri.
PN terutamanya Pas dilihat jadi mangsa apabila kena lipat ‘tang kona’ dengan Gerakan yang pernah membantah hudud dan mendakwa sekolah agama membawa perpecahan.
Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang juga Pengerusi PN Pulau Pinang sah akan bertanding di DUN Bayan Lepas dalam kawasan Parlimen Balik Pulau.
Pengesahan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dalam satu kenyataan ringkas mengenai DUN akan ditandingi Lau itu sekaligus mengabaikan demonstrasi bantahan ahli Pas di N.38 Bayan Lepas petang semalam.
Dominic Lau Hoe Chai
Walhal, kawasan tersebut antara 15 daripada 40 kerusi DUN bermajoriti Melayu di Pulau Pinang yang lazimnya ditandingi oleh Pas.
Semalam, PN mengumumkan 39 nama calon DUN yang akan bertanding dalam PRN Pulau Pinang tetapi satu-satunya kerusi yang tidak dinamakan calon ialah Bayan Lepas.
Kerusi DUN Bayan Lepas mencetus pertikaian selepas Pas cawangan itu menegaskan mereka akan menolak jika calon bukan Melayu diketengahkan PN di situ.
Selain Bayan Lepas, nama Lau juga disebut untuk DUN Telok Ayer Tawar yang juga kerusi majoriti Melayu dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor, yang turut mencetus bantahan dalam kalangan Pemuda Pas di kawasan itu.
Dalam PRU 2018, Bayan Lepas jadi milik AMANAH memalui Azrul Mahathir Aziz yang mengatasi lawan dengan majoriti 5,245 undi.
Pulau Betong pula dimenangi calon PKR, Mohd Tuah Ismail, manakala Zolkifly Md Lazim (Bersatu) di Teluk Bahang.
https://harapandaily.com/meratib-dap-siang-malam-akhirnya-gerakan-lipat-pas-tang-kona/
|