View: 1505|Reply: 0
|
[Terengganu]
Penduduk dakwa lima kali terserempak beruang
[Copy link]
|
|
Kamaruddin menunjukkan gambar beruang yang sempat dirakam penduduk kampung. FOTO NAZDY HARUN
Kuala Berang: Kehadiran seekor beruang yang didakwa berkeliaran di Kampung Kemat, di sini, menimbulkan kegusaran di kalangan penduduk sejak seminggu lalu.
Penduduk, Kamaruddin Ali, 61, berkata penduduk memaklumkan terserempak dengan haiwan liar sebanyak lima kali ketika ia merayau-rayau di sekitar kampung.
Menurutnya, kali pertama seorang penduduk yang juga pengusaha kantin sekolah melihat beruang berkenaan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira 4 pagi.
Katanya, petugas parti yang pulang dari memasang poster dan bendera parti juga terserempak dengan haiwan berkenaan yang berada di bahu jalan, kira-kira dua hari lalu.
"Mereka tidak berani untuk meneruskan perjalanan pulang dan menunggu sehingga beruang itu berlalu memasuki kawasan semak.
"Sekarang musim pilihan raya, petugas parti politik biasanya menghabiskan masa pada waktu malam dengan memasang bendera di sekitar kampung dan ianya juga mengundang bahaya.
"Bimbang juga kalau-kalau dijengah haiwan berkenaan ketika sedang memasang bendera pada waktu malam," katanya.
Menurutnya, ia adalah kejadian pertama beruang berkeliaran di kawasan kampung itu kerana kebiasaannya haiwan berkenaan dilihat di kawasan kebun sahaja.
Katanya, penduduk sudah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan susulan.
"Kami berharap haiwan liar itu dapat ditangkap dan dipindahkan agar tidak menjadi ancaman keselamatan kepada penduduk kampung ini," katanya.
Penduduk lain, Ibrahim Muda, 71, berkata sejak tinggal di kampung itu lebih 40 tahun lalu, dia tidak pernah berlaku kejadian beruang memasuki kawasan kampung.
"Saya bimbang keselamatan kanak-kanak selain penduduk yang pergi dan pulang dari tempat kerja terutama pada waktu malam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... terserempak-beruang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|