View: 1986|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Dulu seteru politik, kini suami isteri
[Copy link]
|
|
Dayang Nurazlin bersama suaminya, Mohd Afif ketika berkempen di Gemas. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Gemas: Biarpun berlainan parti dan ideologi politik tetapi pasangan suami isteri ini saling menyokong antara satu sama lain.
Menurut EXCO Pergerakan Puteri Umno Malaysia Dayang Nurazlin Nordin, 29, perkenalan dia dan suaminya, penyokong Pakatan Harapan (PH), Mohd Afif Abdul Manan, 36, bermula apabila suami bertanya berkaitan isu politik ketika itu.
"Kami berbual, bertukar idea serta pendapat dalam politik namun kami profesional. Ia membuatkan saya tertarik atas kematangannya walaupun dia cenderung ke arah PH.
"Ia akhirnya membawa kami ke jinjang pelamin pada 13 Mei lalu. Pada masa sama, suami bukanlah ahli politik sepenuh masa, dia bekerja sebagai pengurus di sebuah institusi kewangan," katanya ditemui.
Menurutnya, suami sentiasa menyokong perkembangan karier politiknya malah menemani dia ke pelbagai program politik walaupun berlainan ideologi.
Dayang Nurazlin berkata, dia selalu bertanyakan suami terutama dalam isu ekonomi dan memberi ruang kepadanya untuk lebih memahami isu-isu semasa.
"Bagi kami, hubungan suami isteri lebih penting daripada perbalahan politik malah kami menghormati pendirian masing-masing.
"Kini, kami berkempen bersama dan lebih menarik, saya memakai pakaian Puteri Umno manakala suami mengenakan baju PH," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-kini-suami-isteri |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|