|
Calon Barisan Nasional DUN Bagan Pinang, Mohd Najib Mohd Isa (dua dari kiri) bermesra bersama kanak-kanak ketika berkempen di Kampung Baru Sirusa. FOTO AZRUL EDHAM
Port Dickson: "Saya tidak guna populariti ayah semata-mata untuk meraih undi," kata calon kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, Mohd Najib Mohd Isa.
Untuk rekod, Mohd Najib ialah anak kepada mantan Menteri Besar Tan Sri Isa Abdul Samad.
Mohd Najib, 44, berkata, sebagai calon Barisan Nasional (BN), jika bersandar kepada nama bapanya, ia tidak dapat memberi keyakinan kepada rakyat.
"Populariti, pengaruh atau nama ayah itu memang sudah melekat pada saya kerana saya adalah anaknya.
"Jika mengatakan saya berkempen guna populariti ayah tanpa perlu keluar rumah, rakyat tidak akan yakin malah boleh menimbulkan masalah," katanya.
Menurutnya, dia akan berkempen malah memperkenalkan diri kepada pengundi seterusnya berusaha menyelami masalah mereka.
"Ini julung kali saya bertanding. Saya akan gunakan masa berkempen untuk mengumpul maklumat berkaitan masalah dihadapi masyarakat di Dun ini.
"Pada masa sama, status dan populariti ayah saya itu akan saya gunakan sebaik mungkin, Malah, sepanjang tinjauan mesra, ramai yang masih ingat jasa ayah dan ia sedikit sebanyak membantu saya," katanya.
Mohd Najib yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Port Dickson berdepan pertembungan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Fatah Zakaria.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tuk-raih-undi-najib |
|