View: 1005|Reply: 0
|
[Johor]
OKU meringkuk di penjara gagal bayar jaminan tuduhan amang seksual
[Copy link]
|
|
Muhammad Asri (kiri) dan Fakhrul Amin (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan amang seksual fizikal. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Dua lelaki termasuk orang kurang upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kenalan masing-masing, bulan ini.
Tertuduh, Fakhrul Amin Mohd Nor, 21, yang juga OKU masalah pembelajaran dan Muhammad Asri Ahmad Daud, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Fakhrul Amin yang juga pekerja kilang berhadapan satu pertuduhan melakukan perbuatan itu terhadap remaja berusia 13 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat pada jam 3 pagi, 27 Julai lalu.
Sementara Muhammad Asri, seorang peniaga berhadapan dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja berusia 14 tahun di belakang sebuah rumah di sini.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dua lokasi berasingan antara jam 5.40 hingga 6 petang, 19 Julai lalu.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama dengan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Berikutan pengakuan tidak bersalah kedua-dua tertuduh, mahkamah menetapkan 5 September depan sebutan semula kes serta serahan dokumen.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM8,000 terhadap Fakhrul Amin dan Muhammad Asri sebanyak RM10,000.
Bagaimanapun, hanya Muhammad Asri membayar ikat jamin manakala Fakhrul Amin gagal berbuat demikian sebelum dia dibawa ke Penjara Sungai Udang, Melaka.
Mahkamah juga mengenakan syarat terhadap Muhammad Asri supaya melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan serta tidak boleh mengganggu atau berhubung dengan mangsa.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... duhan-amang-seksual |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|