CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1405|Reply: 0

[Pahang] Harimau kumbang terus mengganas

[Copy link]
Post time 31-7-2023 05:21 PM | Show all posts |Read mode

PERANGKAP harimau kumbang dengan umpan anak kambing dipasang di Kampung Batu Hitam.FOTO MOHD RAFI MAMAT

Kuantan: Dua ekor kambing baka Boer menjadi mangsa terbaharu akibat serangan harimau kumbang di Kampung Batu Hitam, Beserah, di sini, malam kelmarin.

Ia menjadikan sebanyak 77 kambing milik dua penternak di kampung berkenaan mati dalam tempoh tiga minggu lalu sejak kemunculan haiwan ganas itu.

Penternak Wan Mohd Suffian Wan Mohmad, 47, berkata haiwan buas itu dipercayai membunuh dua kambing betina miliknya yang berada dalam kandang terletak dalam kebun durian.

Menurutnya, dia tidak menyangka harimau kumbang boleh menceroboh kandang kambing berdinding papan berkenaan, selain dipagar besi serta zink di bahagian bawah antara tanah dan lantai.

"Saya terkejut seolah-olah tidak percaya apabila melihat dua daripada lapan kambing dalam kandang mati. Terdapat kecederaan pada bahagian belakang dan leher haiwan terbabit.

"Kecederaan itu membuktikan harimau kumbang terbabit hanya bertindak membunuh kambing berkenaan dan bukan untuk makan. Tidak ada kesan yang menunjukkan kulit kambing koyak atau tercabut anggota," katanya.

Menurutnya, enam kambing lain yang turut berada dalam kandang turut mengalami kecederaan pada bahagian leher dan belakang akibat dicakar oleh haiwan ganas itu.

"Saya berharap haiwan ganas itu dapat segera ditangkap kerana saya kerugian lebih RM24,000 apabila 32 kambing baka Boer mati diserang harimau kumbang.

"Tidak mustahil harimau kumbang itu akan datang lagi menceroboh kandang kambing ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-terus-mengganas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.297988 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list