View: 1856|Reply: 0
|
[Terengganu]
17 kenderaan termasuk kereta mewah musnah dalam kebakaran
[Copy link]
|
|
WAN Nazari (dua kanan) diziarahi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman selepas bengkel kereta miliknya hangus dalam kebakaran di Gong Badak, di sini. FOTO Faizul Azlan Razak
Kuala Nerus: "Terdapat 17 kenderaan termasuk kereta mewah milik pelanggan yang berada dalam bengkel hangus selepas saya gagal selamatkan," kata Wan Nazari Wan Mohamad, pemilik bengkel kereta yang musnah dalam kebakaran di Gong Badak, di sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian 12.40 tengah malam itu, 17 kenderaan kebanyakannya pacuan empat roda dan kereta mewah musnah.
Wan Nazari, 43, berkata, ketika kejadian dia berada di rumah di Kampung Kubang Badak, di sini dan bersiap untuk tidur.
Menurutnya, dia dihubungi orang awam memaklumkan mengenai kejadian itu dan bergegas ke premis yang sudah diusahakan sejak 14 tahun lalu itu.
"Sebaik tiba di bengkel, saya mendapati api sedang marak namun saya sempat menyelamatkan enam kenderaan.
"Tapi 17 kenderaan yang berada dalam bengkel hangus," katanya yang ditemui di bengkelnya di sini, hari ini.
Menurutnya, dia tidak tahu jumlah sebenar kerugian namun awal tahun lalu, dia baru menghabiskan lebih RM100,000 untuk baik pulih bengkel termasuk membeli peralatan mesin dan minyak.
"Saya reda dengan musibah yang berlaku dan akan berbincang dengan pemilik kenderaan yang terbabit untuk menyelesaikan urusan pampasan insuran," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.59 tengah malam.
Menurutnya, seramai 28 anggota termasuk pegawai bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, api sedang marak dan mengambil masa lebih satu jam untuk memadam kebakaran yang mana api merebak disebabkan terdapat bahan mudah terbakar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nah-dalam-kebakaran |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|