|
DUA lelaki didenda RM47,000 di Mahkamah Sesyen Besut hari ini kerana memiliki hasil hutan secara tidak sah. FOTO Nurul Fatihah Sulaini
Besut: Dua lelaki didenda masing-masing RM21,000 dan RM26,000 oleh Mahkamah Sesyen Besut di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki hasil hutan secara tidak sah.
Hakim Ahmad Fadhli Mahmud membuat keputusan itu selepas tertuduh Mat Nor, 66 yang berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Industri Berasas Kayu 1984 serta Seksyen 69 (1) Akta Perhutanan Negara 1984 mengaku bersalah.
Mengikut pertuduhan pertama, Mat didakwa menempatkan, membina, mendirikan, menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan suatu industri berasaskan kayu tanpa lesen yang dikeluarkan pihak berkuasa negeri.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah kilang kerja kayu, di Kampung Bukit Harimau, Mukim Tenang, Besut, Terengganu pada 5 petang, 16 Ogos tahun lalu dan didenda RM 1,000.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki 42 tual kayu balak dan 61 tual kayu jaras pelbagai spesis serta empat longgok (10) ikat kayu sedia tanpa membayar royalti kepada pihak berkuasa negeri.
Tertuduh didenda sebanyak RM20,000.
Seorang lagi tertuduh, Zulkifli Ghazali, 41, turut mengaku salah di mahkamah sama atas dua pertuduhan mengikut akta sama.
Pertuduhan pertama Zulkifli sama seperti pertuduhan dihadapi Mat dan kesalahan dilakukan di kilang perabot di Bukit Mali, Mukim Tenang, Besut pada 2 petang, 16 Ogos 2022, serta didenda RM 1,000.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki 39 ikat kayu sedia dan 14 longgok (1,616 tual) kayu balak bulat pelbagai spesis tanpa membayar royalti kepada pihak berkuasa negeri dan didenda sebanyak RM 25,000.
Kedua-dua tertuduh membayar denda berkenaan.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Fardiana Haryanti Ahmad Razali.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-secara-tidak-sah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|