CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3037|Reply: 13

[Tempatan] Kisah benar perpaduan yang tiada kaitan dengan kerajaan perpaduan: Nostalgia peguam 'kotak pensel'

[Copy link]
Post time 3-8-2023 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 3-8-2023 08:57 AM


Ahmad Zaharil imbau kes ibu terpaksa curi kotak pensel demi tunai janji anak dapat nombor satu.

SHAH ALAM - Seorang peguam tidak menyangka, wanita yang dibantu 25 tahun lalu berkaitan kes mencuri kotak pensel untuk dihadiahkan kepada si anak, kini anaknya membesar sebagai pengamal undang-undang.

Peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar berkongsi pengalaman manis tersebut, apabila seorang anak muda yang tidak dikenali menegurnya di mahkamah pada tahun 2017.

Menurut beliau, anak muda berkenaan menangis sebaik sahaja menyapa lalu mengucapkan terima kasih kerana membantu ibunya pada tahun 1998.

“Pada ketika itu, saya berada di ruang legar mahkamah dan secara tiba-tiba seorang anak muda mendekati lalu menegur dan bertanya adakah saya ini, Ahmad Zaharil yang ‘menyelamatkan’ ibunya daripada di penjara?

“Sejujurnya, saya terkedu dan langsung tidak memahami apa yang disampaikan, sehingga dia menyebut kes kotak pensel berharga RM18,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Ahmad Zaharil berkata, beliau sungguh tidak menyangka dapat bertemu semula dengan budak lelaki itu.

Beliau turut bersyukur dan gembira dengan tindakannya 25 tahun lalu untuk membantu seorang wanita India berusia 50 tahun yang tiba di mahkamah dalam keadaan tangan bergari.

“Ketika itu, saya sedang bersendirian di bilik mahkamah selepas mengendalikan kes, tiba-tiba wanita tersebut memasuki ruang berkenaan sambil diiringi polis.

“Terdetik pada hati saya untuk mendekatinya dan bertanya mengapa dia dihadapkan ke mahkamah. Rupa-rupanya dia telah mencuri kotak pensel berharga RM18 dari sebuah pasar raya,” ujarnya.

Ahmad Zaharil memberitahu, wanita itu telah berjanji sekiranya si anak berjaya menjadi pelajar terbaik, dia akan menghadiahkan kotak pensel.

Namun katanya, disebabkan tidak mempunyai wang yang cukup, dia terpaksa mencuri.

Selepas mendengar penjelasan wanita berkenaan, Ahmad Zaharil mulai terfikir nasib yang bakal menimpa kanak-kanak tersebut sekiranya dia dipenjarakan atas kesalahan itu.

“Sewaktu menghulurkan bantuan, saya sama sekali tidak memikirkan warna kulit. Sebaliknya saya mengenangkan nasib kanak-kanak itu, siapa yang akan menjaganya? Bagaimana mahu bersekolah jika ibu dipenjarakan?

“Semua itu bermain di benak fikiran dan saya ambil keputusan untuk campur tangan dalam kes berkenaan. Saya bercakap dengan majistret untuk menangguhkan kes itu ke satu masa baharu yang ditetapkan,” jelasnya.

Tanpa berlengah, Ahmad Zaharil memaklumkan beliau terus pergi ke sekolah kanak-kanak tersebut di Sentul, Kuala Lumpur, semata-mata untuk mengesahkan dakwaan wanita itu.

Beliau memberitahu, setelah bertemu dengan guru besar sekolah berkenaan, ternyata benar bahawa budak lelaki itu pelajar terbaik dalam kelasnya.

Menurutnya, beliau kembali ke mahkamah untuk bertemu dengan pemilik pasar raya dengan menawarkan wang berjumlah RM30 yang mana nilainya dua kali ganda harga kotak pensel itu, namun pemilik pasar raya itu enggan menarik kembali dakwaan tersebut.

“Saya cuba sehabis mampu untuk membantu wanita berkenaan. Alhamdulillah setelah keterangan guru diambil, akhirnya majistret membebaskannya selepas mengikat selama setahun dengan syarat berkelakuan baik.

“Sebelum wanita itu pergi, kami mengumpulkan sejumlah wang hasil sumbangan kakitangan mahkamah, anggota polis dan pihak saya sendiri,” tambahnya.

Tambah Ahmad Zaharil, itulah momen yang akan dikenang sepanjang tiga dekad menjadi peguam.

Beliau berkata, kini hubungannya dengan anak muda berkenaan semakin akrab sehingga menganggap dia seperti anak sendiri.

“Selepas pertemuan itu, kami sering berjumpa dan saling melawat antara satu sama lain pada perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.


https://www.sinarharian.com.my/article/271619/berita/semasa/nostalgia-peguam-kotak-pensel

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2023 11:18 AM | Show all posts
sedihnya..kat malaysia lak tu..smoga rakyat malaysia baik2 sejahtera hidupnya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 11:56 AM | Show all posts
berair mata aku.. teringat iklan thailand yg budak curi ubat dpt sup dari tokey kedai tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
kaka terharu dengan cite nie...rasa mcm nak nangis...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 12:43 PM | Show all posts
tindakan dia berjaya merubah nasib keluarga org lain...dalam apa pekerjaan, tindakan kita akan mempengaruhi kehidupan org lain..hanya jadi orang baik ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mcm lawyer zamani slam dulu je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2023 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasaraya plk umpama bank yahudi. Pasaraya mn tu? Meh nak bg pembalasan si pitung skit
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 12:50 PM | Show all posts
Sibuk cerita ni di merata2 group whatsapp.

Apa actually nak disampaikan:

- Boleh mencuri untuk bahagiakan anak? Matlamat tidak menghalalkan cara. Si ibu boleh cari kerja parttime untuk beli hadiah atau slow talk dengan anak . Anak dah 10 tahun so boleh terima alasan
- anak pencuri boleh jadi peguam.

Atau:
Penyampai nak kata
- Dia tolong selamatkan ibu 'peguam' tadi. Susah payah cari saksi. Drp sekolah tak tahu, maybe 1 sekolah tahu yang mak' peguam' ni mencuri
- disebabkan dia selamatkan mak 'peguam' ni, "peguam' ni dapat jadi peguam.

Harap2 tak hilang pahala Datuk peguam tersebut. Takut jadi riak pula dan hilang pahala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2023 01:31 PM | Show all posts
uda replied at 3-8-2023 12:50 PM
Sibuk cerita ni di merata2 group whatsapp.

Apa actually nak disampaikan:

Tak perlu over analyze.. dia pun cuma jawab soalan orang tanya apa pengalaman yg tak boleh dia lupakan selama 30 tahun dia jadi lawyer.  Curi tu tetap salah, aci tu still kena hukuman jugak.  Kadang2 kita perlu cerita2 macam ni nak jadikan tauladan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
buat baik pasti dpt balasan yg baik jugek
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
dengar kat radio smbil drive pagi tadi..auto meremang
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 09:53 AM | Show all posts
hmmm ksiannya
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AJENALI at 4-8-2023 11:37 AM

Bagus cerita2 real mcm ni viral. Y real la, bukan lakonan utk dapat like / view
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 02:55 PM | Show all posts
sedih kan malaysia masih ada org2 daif . jadikan iktibar dan tauladan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050849 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list