CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7148|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Polis kesan tiga pelatih Pusat Serenti Serendah melarikan diri

[Copy link]
Post time 5-8-2023 05:58 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan tiga pelatih Pusat Serenti Serendah, Hulu Selangor yang dipercayai melarikan dari pusat berkenaan, semalam.

Dua pelatih adalah dari Asrama Al-Azim dan seorang pelatih dari Asrama Al-Hamzah dengan masing-masing berusia 44 tahun hingga 55 tahun.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata ketiga-tiga pelatih berkenaan didapati tiada dalam baris sewaktu perhimpunan pagi dan meninggalkan pusat berkenaan tanpa kebenaran ketua institusi.

Beliau berkata pelatih berkenaan dipercayai melarikan diri selepas selesai solat subuh.

"Ketiga-tiga pelatih dipercayai telah memanjat tiang pagar 'anti-panjat' yang disandarkan kepada pagar berkawat dan melarikan diri.

"Polis telah menyenaraihitamkan pelatih-pelatih berkenaan sehingga sebarang tangkapan dibuat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal berkata hasil siasatan mendapati pelatih yang melarikan diri sedang menjalani pemulihan di pusat berkenaan.

Beliau berkata berdasarkan kejadian ini, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

"Polis menyeru orang ramai agar tampil dengan segera ke mana-mana balai polis berhampiran jika mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu bagi membantu polis.

"Sebarang maklumat pertanyaan boleh menghubungi terus Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641132 atau pegawai penyiasat Inspektor Siti Zulaikha Mohamed di talian 03-60641222," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ndah-melarikan-diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.040308 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list