CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1502|Reply: 0

[Kelantan] Penyeludup serah diri selepas 'penat' pecut kereta

[Copy link]
Post time 6-8-2023 03:26 PM | Show all posts |Read mode

KENDERAAN penyeludup yang ditahan KPDN. FOTO Ihsan KPDN

Tumpat: Selepas melarikan diri dengan memandu sejauh 30 kilometer (km), seorang lelaki dipercayai penyeludup, akhirnya menyerah diri.

Suspek yang berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di jalan Pasir Pekan di sini, 5 petang semalam.

Pengarah KPDN Negeri Kelantan Azman Ismail berkata, ketika menjalankan penugasan sempena Op Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, pihaknya mengesan sebuah kereta Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, kenderaan yang berpendaftaran tempatan itu mulanya dikesan di Bachok dan membawa diesel dipercayai untuk tujuan penyelewengan.

"Kenderaan itu kemudiannya memasuki Kota Bharu dan berlegar-legar di jalan raya sekitar Kota Bharu dan membuat pengisian minyak diesel secara berulang di beberapa stesen minyak.

"Seterusnya kami mengekorinya dan sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, lelaki itu memecut keretanya menghala ke Tumpat melalui jalan Pasir Pekan.

"Bagaimanapun pemandu itu akhirnya menghentikan keretanya dan menyerahkan diri kepada pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Azman berkata, pemeriksaan lanjut dalam kenderaan itu menemui sebanyak 800 liter minyak diesel yang diisi di dalam sejumlah tong plastik di bahagian penumpang belakang serta bonet.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM11,720 termasuk kereta dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -penat-pecut-kereta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.736345 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list