CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1619|Reply: 0

[Selangor] Lukisan RM1 Nuh

[Copy link]
Post time 7-8-2023 03:11 PM | Show all posts |Read mode

Nuh menjual hasil lukisannya di taman awam di Bangi yang membantu kemahirannya bercakap dan berhadapan dengan orang untuk menjual lukisannya. FOTO IHSAN MUHAMMAD ARIEFFAHMI

Bangi: Usia Nuh Muhammad Arieffahmi baru lima tahun namun kebolehannya melukis menyebabkan karya kanak-kanak itu mendapat perhatian sehingga berjaya menjualnya tempat awam.

Kisah Nuh mendapat perhatian warganet apabila bapanya, Dr Muhammad Arieffahmi Abd Razak, 30-an, memuat naik hantaran dan gambar usaha anak sulung daripada tiga beradik itu di media sosial yang mendapat reaksi positif.

Muhammad Arieffahmi berkata, anaknya menyatakan hasrat untuk menjual lukisannya dan membawanya ke Taman Tasik Cempaka, di sini, untuk menjual karya seninya dengan membuka satu meja kecil, Khamis lalu.

Menurutnya, lukisan Nuh bermotifkan buah-buahan, manusia serta haiwan seperti dinosaur yang dijual RM1 sekeping bersama nota karya kanak-kanak itu berusia lima tahun.

"Sebenarnya tahun lalu Nuh buat jualan sama di depan rumah kami dan dalam masa sejam karyanya habis terjual selepas ahli keluarga kami datang memberi sokongan kepadanya.

"Kali ini dia suarakan idea sama cuma mahu jual di taman dan saya bawa dia ke sana serta muat naik di Facebook komuniti Bangi dan ramai yang memberi reaksi positif, namun tidak sangka hantaran itu mendapat perhatian," katanya.

Ahli perniagaan itu berkata, hari pertama jualan pada Khamis lalu, lapan lukisan dibawa anaknya itu habis terjual dalam tempoh 30 minit.

"Hari kedua kami pergi Sabtu lalu dan bawa 15 lukisan tetapi yang terjual hanya 10 lukisan saja namun Nuh sudah sangat gembira dengan hasilnya sebelum bermain di taman.

"Nuh memang minat melukis, mewarna dan menulis biarpun dia masih belum mahir menulis sepenuhnya, Ketika ini dia sudah mula melukis 'doodle' dan lukisan abstrak mengikut imaginasinya," katanya.

Muhammad Arieffahmi berkata, dia berterima kasih dan gembira karya amatur anaknya itu mendapat sokongan positif warga Bangi, malah lebih menggembirakannya apabila melihat Nuh mengatasi rasa takut untuk berkomunikasi dengan orang.

Bagaimanapun katanya, dia tidak memandang usaha itu untuk menjual lukisan semata-mata sebaliknya ia bertujuan untuk membantu kemahiran Nuh dalam berinteraksi, berhadapan dengan khalayak ramai dan menjual karyanya.

"Pada mulanya memang dia takut, agak malu tetapi selepas 10 minit Nuh sudah mendapat rentak dan kemudiannya semua berjalan lancar. Dia memberanikan diri pergi kepada orang menunjukkan lukisannya dan menjemput mereka ke gerainya.

"Sebagai bapa saya gembira melihat dia melakukannya dengan baik dan lukisan terjual itu bonus yang penting galakan untuk Nuh membina kemahiran hidupnya sekali gus dia tahu untuk mendapatkan RM1 saja prosesnya tidak mudah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/08/996531/lukisan-rm1-nuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.263732 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list