|
Tular kejadian kejadian komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membabitkan tren dari Sungai Petani, Kedah, rosak pada pagi Isnin.
Insiden dikongsikan pengguna Facebook Yuslaini Azmi, dipercayai salah seorang penumpang menggunakan perkhidmatan awam berkenaan ketika kejadian.
IG
Bagaimanapun, lebih mengejutkan dalam kejadian tersebut, difahamkan penumpang dibiarkan berada di dalam tren tersebut untuk satu tempoh agak lama sehingga merisikokan keselamatan mereka.
"Kejadian buruk berlaku pagi tadi, baru naik KTM dari Sungai Petani seawal pukul 7.31 pagi, tak sampai 5 minit perjalanan KTM tiba-tiba rosak di tengah jalan.
"Saya ingat sekejap pada mulanya, tunggu punya tunggu sampai saya sesak dada dan start panik barulah pegawai KTM datang dan beritahu KTM rosak dan beliau terus buka pintu penghadang sebab ruang udara tiada dah hampir setengah jam dalam gerabak tu.
"Bayangkan ada orang tua, orang yang ada masalah kesihatan macam aku ni sampai panik dengan kejadian tadi. Tuhan sahaja yang tahu betapa strugglenya nak bernafas tadi," katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Menurut Yuslaini, hasil pemerhatian dan perbualannya bersama penumpang lain, rata-rata yang menaiki komuter itu menggunakannya untuk pergi ke tempat kerja.
Disebabkan itu, situasi berkenaan sememangnya menimbulkan kerisauan kepada mereka kerana bakal menghadapi kelewatan untuk ke tempat kerja masing-masing.
FB
Tambahnya, terdapat juga penumpang yang merungut memandangkan isu kerosakan itu bukanlah kali pertama menimpa penumpang pengangkutan awam tersebut dan mendakwa tiada sebarang langkah untuk menambah baik perkhidmatan dilakukan sepanjang tempoh berkenaan.
Sumber: Majoriti |
|