|
Kecoh di laman Twitter ketika ini membahaskan mengenai bendera parti yang digantung dan dipacak, mengganggu pengguna jalan raya.
Terbaru, ribut yang berlaku pada Sabtu menyebabkan bendera parti tersangkut pada kenderaan yang lalu-lalang.
"esanan untuk semua parti politik. Kesiannya.. Membazir masa orang lain yang tiada kena mengena..." tulis pengguna yang berkongsi video kejadian.
Berdasarkan komen yang ditinggalkan pengguna lain, kejadian itu dipercayai berlaku di Kota Bharu.
Katanya, rakannya yang menaiki bas untuk pulang ke Pulau Pinang terpaksa menukar bas lain berikutan bas dinaikinya tersangkut bendera parti politik yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan.
Ada netizen mendakwa, pemasang bendera ini tidak cakna hal undang-undang pemasangan bendera dan mereka juga tidak dipantau ketika membuat kerja pemasangan.
"aling menyampah nak keluar simpang tapi susah sebab terhalang dek bender-bendera parti politik.
"Dahla ikat dekat kabel elektrik. Bayangkan kalau kabel tu jatuh atas jalan basah. Final destination," komen netizen. - CARI |
|