|
Minggu lepas Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meraih perhatian ramai apabila baginda menyanyi bersama penyanyi terkenal Aizat Amdan.
Baru-baru ini Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pula menonjolkan bakatnya menyanyi.
Foto: mStar
Dalam video perkongsian Kimal yang merupakan penyanyi kumpulan rock indie Margasatwa itu, kelihatan dia menyanyikan lagu ‘Lagu Tentang Cinta’ sebelum mempelawa baginda Permaisuri Agong untuk berduet dengannya.
“Sekali seumur hidup! Dapat berduet dengan Tuanku Permaisuri Agong yang dikasihi rakyat jelata. Menjunjung kasih Tuanku,” tulisnya di kapsyen.
Difahamkan ketika itu mereka di majlis pelancaran secara tertutup Muzium Seni Kontemporari (MOCA) yang terletak di Kuantan, Pahang.
“Next level punya duet ni!”
Ramai yang memuji paduan suara kedua-dua individu tersebut, suara baginda Permaisuri Agong seakan ‘kena’ dengan vokal Kimal yang tidak kurang hebatnya.
Ruangan komen dipenuhi dengan pujian atas persembahan yang sememangnya next level itu.-CARI |
|