CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1497|Reply: 0

[Perak] Pemandu antara empat lelaki rentung

[Copy link]
Post time 8-8-2023 11:05 AM | Show all posts |Read mode

KERETA yang terbakar di KM 220 WCE berhampiran susur keluar Changkat Cermin. FOTO ihsan Bomba.

Manjung: Empat pekerja kontrak yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 220 Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) di sini, petang tadi adalah pemandu dan tiga penumpang Proton Saga Iswara.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, mereka yang maut adalah pemandu berusia 56 tahun, penumpang hadapan berumur 50 tahun serta dua penumpang belakang masing-masing 45 dan 53 tahun.

Katanya, kemalangan dilapor 5.15 petang itu berlaku selepas pemandu hilang kawalan menyebabkan kereta terbabas sendiri, melanggar besi penghadang jalan dan terbalik ke dalam longkang di bahu kiri jalan, sebelum terbakar.

"Ketika kejadian, kereta dinaiki lima rakan sekerja itu dari arah Pangkalan TLDM Lumut melalui Tol Sitiawan Utara menghala ke Ipoh.

"Seorang penumpang belakang berumur 54 tahun yang terselamat dihantar ke Hospital Seri Manjung kerana parah," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, proses bedah siasat semua mayat akan dilakukan esok di Unit Perubatan Forensik Hospital Seri Manjung dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Lily Suryana Roslaili di talian 013-6559693 untuk bantu siasatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mpat-lelaki-rentung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.267469 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list