Selepas 12 tahun didakwa dikurung suaminya, seorang wanita akhirnya diselamatkan si sebuah bilik tidur flatnya di bandar Forbach, Perancis pada Isnin.
Mangsa berusia 53 tahun, Alicia mendakwa suaminya menculik dan mengurungnya di rumahnya sendiri sejak 2011, lapor Daily Star.
Pintu masuk ke flat didiami pasangan itu - AFP via Getty Images
Alicia hanya berjaya keluar dari 'neraka' itu selepas memperoleh telefon bimbit dan menghubungi polis pada Ahad, lapor akhbar Jerman, Bild.
Polis bersama pihak berkuasa di Perancis kemudian melancarkan misi menyelamat.
Ketika menyerbu kediaman di sebuah flat, seorang wanita separuh bogel dengan kepala dicukur ditemukan di bilik tidur.
Penyiasat berkata, mangsa kurang zat dan mengalami banyak kecederaan.
Suspek pada mulanya menafikan perkara itu dan mendakwa isterinya menghidap penyakit kanser dan mahu menjaganya.
Bagaimanapun, suami mangsa ditahan pada Isnin kerana disyaki melakukan penculikan dan penyeksaan.
Dilaporkan, seorang jiran pernah menghubungi polis pada 2019 selepas mendengar jeritan seorang wanita.
Namun apabila seorang anggota ke rumah mangsa untuk menyiasat, suspek dilaporkan berkata semuanya dalam keadaan baik.
Sumber: mStar |