CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1989|Reply: 0

[Perak] Kenaikan subsidi padi, bantu petani tingkat kos sara hidup

[Copy link]
Post time 9-8-2023 11:16 AM | Show all posts |Read mode

PESAWAH memang mengharapkan subsidi harga padi dinaikkan kerana kos sara hidup meningkat sekarang. – GAMBAR HIASAN

PARIT BUNTAR – Golongan pesawah menyifatkan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) sebagai suatu yang ditunggu-tunggu selama ini.

Seorang pesawah, Shaiful Shahrin, 45, berkata, kenaikan subsidi padi merupakan satu tindakan yang bijak kerana pesawah sudah lama menanti-nantikannya.

“Ia menggembira dan melegakan kerana sedikit sebanyak membantu golongan petani.

“Secara tidak langsung menambahkan pendapatan dan membantu meringankan bebanan kos sara hidup pada masa ini,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya, pengumuman tersebut juga membuktikan kerajaan sentiasa peka dengan nasib petani di negara ini.

“Itu tandanya kerajaan ini prihatin akan nasib pesawah. Apa yang kami perjuangkan selama ini akhirnya
didengari oleh kerajaan dan ia diterjemahkan menerusi pengumuman kenaikan subsidi tersebut,” ujarnya.

Seorang lagi petani, Mohd. Idris Mohd. Nor, 47, berpandangan, pengumuman itu tepat pada masanya memandangkan kos sara hidup ketika ini begitu tinggi.

Katanya, harga barang yang naik menyukarkan kehidupan mereka yang hanya bergantung kepada hasil pertanian semata-mata.

“Sudah tiba masanya kami meraih lebih pendapatan daripada pekerjaan ini. Ada daripada petani yang tidak ada kemahiran lain, selain mengusahakan sawah.

“Saya percaya bantuan kerajaan ini secara tidak langsung boleh menjadi pemangkin kepada kejayaan golongan pesawah di negara ini,” katanya.

Mohd. Saufe Anoh, 45, pula berkata, dia berasa amat bersyukur dengan kenaikan subsidi padi tersebut dan penantiannya selama 25 tahun bagi perkara tersebut disifatkannya sebagai berbaloi.
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... kat-kos-sara-hidup/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.049182 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list