View: 6584|Reply: 19
|
Dulu Suka Tidur Pakai Baju Terdedah, Wanita Tak Sedar Dah Berbelas Tahun Nikah Dengan Jin Sampai Ramai Anak
[Copy link]
|
|
Seorang wanita mendedahkan di TikTok sering bermimpi indah didatangi lelaki berwajah kacak.
Cerita pengguna akaun @Echasusiami, semua kejadian pelik ini bermula pada tahun 2008 ketika berusia belasan tahun.
Satu malam, dia bermimpi seorang pemuda kacak datang bertemunya namun mereka tidak berbual langsung.
Kisah Dunia
Lelaki itu hanya mengucup bibir dan anehnya, Echa yang masih naif begitu menikmati moment berkenaan yang berulang setiap malam sampaikan ke tahap adegan melakukan hubungan intim.
Meskipun menganggap ia cuma mainan tidur, ia terasa seperti realiti sampaikan Echa pernah bermimpi basah.
Selepas berkahwin dengan lelaki yang dikenalinya sejak zaman sekolah, dia menyangka mimpinya itu akan berakhir.
Namun, kali ini lebih banyak kejadian aneh berlaku dalam rumah mereka. Suami dan anak sulungnya kerap ‘diusik’ sesuatu, tandas mereka mengeluarkan bau busuk dan paling teruk, ada ulat kecil muncul memenuhi kawasan ruang tamu.
Wanita ini mahu mendapatkan bantuan perawat Islam, namun suami menolak kerana tidak percaya dengan benda-benda ghaib sebegitu. Maka, Echa cuma mampu melindungi diri dengan cara putarkan alunan zikir dan Al-Quran.
Selain lelaki kacak, Echa mimpi bermain dengan ramai budak dan bayi.
Saat itu, kebetulan Echa yang menghidap PCOS memang benar-benar mahukan anak kedua. Jadi, dia berfikir mungkin mimpi tersebut cuma bawaan perasaan sahaja.
Takut berlaku salah faham, dia tidak pernah beritahu suami tentang segala mimpi yang dialami. Dua hari kemudian, bau busuk dan ulat kembali muncul di dalam kediaman mereka.
Suami sudah mula syak ada benda yang tidak kena, maka seorang ustaz dipanggil untuk ‘memagar’ rumah mereka.
Selepas setahun, ulat sama tetap ada namun hanya di luar rumah sahaja dan tidak boleh masuk dan seorang lagi ustaz (kawan kepada bapa Echa) dihubungi untuk menyelesaikan masalah ini.
Apabila tiba di rumah, perawat itu merenung tepat ke arah Echa dan seakan dapat membaca gangguan yang berlaku.
“Awak ada mimpi berjumpa lelaki? Pernah mimpi ‘main’ dengan lelaki? Pernah mimpi datang majlis nikah? Pernah mimpi main dengan budak?”.
Ya, itulah soalan yang keluar dari mulut Pak Ustaz.
Walaupun belum bercakap apa-apa, Echa sedar dia tidak boleh lagi menyembunyikan hal tersebut. Si suami nampak bingung, namun Echa terus mengiyakan segala persoalan.
Alangkah terkejutnya, ustaz memberitahu Echa sebenarnya telah dinikahi satu jin dan sudah mempunyai ramai anak bersama.
Dalam proses rukyah yang berlangsung, Echa yang sudah terpaut dengan cinta si jin merasa sukar untuk menamatkan hubungan antara dua dunia itu.
Difahamkan, Echa pada waktu mudanya suka memakai pakaian terdedah ketika tidur.
Dari 2008 sampai 2021, hatinya seakan terikat hinggakan merasa sedih untuk berpisah. Sampai akhirnya, ustaz meminta suami Echa bercakap dengan makhluk itu sendiri.
Rukyah diteruskan, ustaz terus membaca banyak doa sampailah hati Echa tiba-tiba menjadi kosong sekosong kosongnya. Alhamdulillah segalanya kini telah terlerai, Echa akhirnya bebas daripada genggaman jin berkenaan dan tidak lagi alami mimpi-mimpi pelik.
Sumber: Kisah Dunia |
|
|
|
|
|
|
|
mengapa lah echa ni tak minta jin tu hantarkan harta emas berlian sebagai nafkah |
|
|
|
|
|
|
|
soalan serius, sheols tak perasankah bila sheols melahirkan anak-anak jin yang ramai tu? |
|
|
|
|
|
|
|
..tahap kepercayaan iols kepada ustaz itu zero, hokey! Percayalah kalau dia minta scan badan memang sheols akan menjadi mangsa cabul si ustaz itu.. |
|
|
|
|
|
|
|
iolls syak ni berita dari seberang |
|
|
|
|
|
|
|
Jin wajah handsome hanya samaran semata2. Supaya mangsa terpesona pdhal rupa jin lebih teruk dari itu. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau datang dengan rupa sebenar mampos la nak kiss bernapsuuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu lepas ni nk kene tido pakai tudung ke |
|
|
|
|
|
|
|
apa perasaan jadi pedo dlm mimpi |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya mampu tersenyum [em:2:][em:2:][em:2:] |
|
|
|
|
|
|
|
kahkahkah..baik la tido pakai telekung sis
|
|
|
|
|
|
|
|
kac!ba!...cerita apa ni? hadoiii..kanoha kurtu garhak betul |
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 memang suka onani sebelum tido..pastu salahkan jin... ala sialll apa ni..lawau sangat ke kau jin nak kawin ngan kauuu... |
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri yg bermimpi basah |
|
|
|
|
|
|
| |
|