CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4330|Reply: 24

"Satu Hari Nanti Biarlah Allah Yang Membalasnya," -Bekas Pengkid Reda Diceraikan Bekas Mak Nyah

[Copy link]
Post time 9-8-2023 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: "Saya reda... satu hari nanti biarlah Allah yang membalasnya... amin," kata Nur Azera Fatehah Abdullah, 22, menerusi kapsyen video mengandungi gambar perkahwinan dan nasihat pendakwah di TikTok.


Kapsyen pada video itu seolah-olah menggambarkan isi hati Nur Azera Fatehah atau mesra disapa sebagai Yan yang didakwa sudah bercerai.


Foto: IG




Tanpa menyebut nama sesiapa, Nur Azera Fatehah menerusi kapsyen sama berkata, dia memilih untuk bersabar, berdiam dan menyerahkan kepada takdir Ilahi untuk menentukan jalan hidupnya.


"Sabar saya, diam saya itulah kunci kekuatan saya untuk menghadapi Allah.


"Biarlah takbur dengan fitnah apa orang sampaikan pada saya.


"Saya diam itu adalah kunci bagi saya, biar Allah sendiri yang aturkan. Cukup saya sujud minta pada Allah apa saja terjadi dalam hidup saya," tulisnya.





Di ruangan komen, rata-rata pengikut Nur Azera Fatehah memberi sokongan terhadapnya.


Ada juga yang mendoakan semoga Nur Azera Fatehah terus istiqamah dalam usahanya untuk berubah ke arah lebih baik.


Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah perkahwinan Danny, bekas mak nyah dengan Nur Azera Fatehah iaitu wanita yang sebelum ini berperwatakan lelaki.


Pasangan itu diijabkabulkan pada 15 Julai lalu dalam majlis pernikahan di rumah keluarga Nur Azera Fatehah dekat Ladang Kelapa Sawit Ulu Remis dekat Layang-Layang, Johor.





Danny dan Nur Azera Fatehah hanya berkenalan selama lima hari sebelum sepakat bernikah.


Bagaimanapun, Danny membuat kejutan menerusi pengakuan eksklusif kepada Harian Metro yang dia sudah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya pada 30 Julai lalu.


Lafaz talak itu dibuat menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp.


Danny memberi reaksi itu bagi menjawab desus-desus mengenai status perkahwinannya yang dikatakan bergolak selepas memuat naik video dan gambar kenangan bersama Nur Azera Fatehah dengan kapsyen 'Aku reda' disusuli emoji sedih.


Lebih menguatkan andaian itu apabila tiada lagi video pasangan itu di akaun TikTok Danny seperti dimuat naik sebelum ini dan ia dipercayai sudah dipadam selepas apa yang berlaku.


Petang Isnin lalu, Danny hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor bagi memfailkan permohonan cerai dan nekad dengan keputusannya untuk berpisah. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2023 05:00 PM | Show all posts
Tak habis lagi kes theyols ni. Dah la theyols ni sape2 entah takde orang kenal pun before this.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
when...love & hate collide......
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali jgn ambil jantan eh pondan kuat filter sebagai somi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai juga kawan tomboy  dia nih, mlm td dia live ngn kawan tomboy lain. Kwn dia tu penah kawen gak, ada anak dan bercerai.
Tp kawan dia yg tomboy tu nampak lebih matang berkata2 berbanding dia yg lelaki mcm terlebih emo.
Hari ni bergambo ngn kawan tomboy lain plak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk gmbr kawen cium pipi tu pun boleh nmpk both bride n groom takde napsu dkt each other
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketahikan apakah ini???? Siapakah 2 ketul makhluk mangkuk jamban bidet ni yg tak memberi apa2 faedah kpd den mahupun sekalian masyarakat madani waktu ini??? Harktuihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 06:57 PM | Show all posts
berita capruts oleh reputz capruts demi sesuap nasikkk

udah2 le citer deme ni,,  merge je la tered
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2023 07:13 PM | Show all posts
ko diam je Yan. biar bekas lakik ko je merempan. jantan taguna, nak cerai pun guna wasap je
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertonggeng kehausan smpai subuh kah?
Bak kata dudaberhias
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa kat tiktok nmpk wangi je laki ni tp vid kat mahkamah tu mcm org lain plak
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ex maknyah ni i ssh sikit nk berhusnudzon..pakcikk i yg gay ckpp mmg takdenya blh berubah..lain lah kalau ko mkn dedua..
kalau pengkid or tomboy tu blh lg beranak kalau termengandung...
apooo muka danny rich ni huduh betul putih mcm albino tu..geli yach..dia suka live memalam..kalau tersedar wktu pg tu kn..i scroll la tiktok sat huhu..mesti heshe live..apoo..btw muka ada iras mua yg suka mekap berkabus tu..apa nth nama..lupa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz: kalau ex maknyah ni i ssh siki ...
mekap berkabus? ????
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 9-8-2023 05:20 PM
Ramai juga kawan tomboy  dia nih, mlm td dia live ngn kawan tomboy lain. Kwn dia tu penah kawen gak, ...

Rajinnya kau kakkkk tengok live diorang...

Bagi id aku nak sekodeng
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 9-8-2023 10:27 PM
Rajinnya kau kakkkk tengok live diorang...

Bagi id aku nak sekodeng

Iols tak tgk beria pun kebetulan bukak tt live dorang tu tgh fyp yelaa view beribu kan

Selalunya iols tgk vtt sedutan live dorang je yg netizen share tak koser aku nk bertunggu tangga berjam2 layan baik layan host shopee live time 8.8 ni ada voucher murah2

Uols nk id sapa
Kalau yg duda Danny rich apatah nama salon dia la kot
Hat jandanya Anyoo kot taktau betul ke tak ejaannya nih

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 12:18 AM | Show all posts
yg si danny tu nyer filter mengingatkan ai dgn filter rupa yg Khloe Kardashian pernah guna sampai jadi rupa org lain sgt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Maka legit la findings before this pasal ummah pengs ni byk kt johor ye
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama2 menonggeng kehausan sampai subuh gajah?

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah lahir jantan tu ko tukar la jadi spesis ape pon sifat yang ni ko takleh ubah ; jatuh talak pakai wasap..
~ jantannotelo
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahukan layanan sebagai suami atau sebagai isteri sebenarnya???

Kau punya jantina pun tak beres...lagi nak kahwin tambah masalah dan konflik ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.061900 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list