CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2651|Reply: 2

6 maut dalam kebakaran besar di Hawaii

[Copy link]
Post time 10-8-2023 10:39 AM | Show all posts |Read mode

Asap berkepul dan api menjulang dari Lahaina, Maui County, Hawaii, Amerika Syarikat (AS). - Foto REUTERS

KAHULUI: Kebakaran besar hutan akibat angin taufan semalam mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang dan memusnahkan sebahagian besar pulau Maui di Hawaii.

Beribu-ribu orang terpaksa dipindahkan termasuk sebilangan individu yang menuju ke lautan bagi menyelamatkan diri daripada asap dan api yang marak dengan pantas akibat cuaca kering.

Beberapa kawasan kejiranan hangus sama sekali apabila bahagian barat pulau itu termasuk pusat peranginan pelancong Lahaina, hampir terputus hubungan.

Hanya satu lebuh raya dibuka apabila pegawai memberitahu mengenai kemusnahan meluas yang masih terlalu awal untuk dikenal pasti sejauh mana kesannya.

"Kami baru saja mengalami bencana paling teruk yang pernah saya lihat. Seluruh Lahaina hangus dijilat api. Ia seperti akhir zaman," kata penduduk Lahaina, Mason Jarvi, yang berjaya menyelamatkan diri dari bandar yang musnah itu.



Jarvi menunjukkan gambar yang diambilnya kepada Reuters, memaparkan kemusnahan di sepanjang lautan Lahaina.

Dia yang memakai seluar pendek turut menunjukkan lepuh di pahanya yang dikatakannya dialami ketika menunggang basikal elektriknya untuk menyelamatkan anjingnya.

Dengan anggota bomba masih memadamkan tiga kebakaran besar, barat Maui ditutup kepada semua kecuali pekerja kecemasan dan mangsa yang dipindahkan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2023 10:41 AM | Show all posts

Kebakaran hutan di pulau Maui dekat persimbangan jalan berhampiran Lahaina, Hawaii, Amerika Syarikat (AS). - Foto REUTERS

Sekurang-kurangnya 4,000 pelancong sedang berusaha meninggalkan barat Maui, kata Ed Sniffen dari Jabatan Pengangkutan Hawaii.

Menurutnya lagi, walaupun sekurang-kurangnya 16 jalan ditutup, lapangan terbang Maui masih beroperasi sepenuhnya dan syarikat penerbangan menurunkan tambang dan menawarkan pengecualian untuk membawa orang keluar dari pulau itu.

Ramai menyiarkan gambar di media sosial memperlihatkan kepulan asap kebakaran memenuhi pantai dan barisan pokok palma yang dahulunya indah, tetapi kini hangus.

Akibat panik, sebilangan orang menuju ke Lautan Pasifik bagi menyelamatkan diri daripada asap dan kebakaran, mendorong Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) untuk menyelamatkan mereka, menurut kenyataan akhbar Maui County.

Pegawai berkata, mereka sedang meneliti laporan saksi mengenai mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan.

"Tumpuan utama kami kini menyelamatkan nyawa, mencegah penderitaan orang ramai dan mengurangkan kehilangan harta benda yang besar," kata Datuk Bandar Maui County, Richard Bissen pada taklimat media.
Ketika ini, Bissen menyatakan beliau hanya dimaklumkan mengenai jumlah kematian awal sebelum taklimat media dimulakan.
Sementara itu, menurut Mejar Jeneral Pengawal Kebangsaan, Kenneth Hara, pihaknya sedang menggerakkan usaha mencari dan menyelamat susulan kebakaran terlalu pantas dan dinamik.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2023 10:42 AM | Show all posts

Penduduk setempat menunggu di tepi jalan untuk kembali ke barat Maui selepas kebakaran hutan yang merebak luas akibat taufan memusnahkan sebahagian besar pekan bersejarah Lahaina, di Kahului, Hawaii, Amerika Syarikat (AS). - Foto REUTERS



Beliau menggesa pelancong supaya meninggalkan Maui, sambil menyatakan mereka boleh mencari perlindungan di pusat konvensyen di Honolulu, di pulau Oahu.

Bagaimanapun menurut Leftenan Gabenor Sylvia Luke, usaha pemindahan menjadi rumit berikutan gangguan bekalan elektrik dan perkhidmatan telefon bimbit, kerana komunikasi di barat Maui hanya tertumpu kepada perkhidmatan satelit.

"Tempat perlindungan menerima sangat ramai orang sedangkan kami hanya mempunyai sumber yang terhad," katanya.

Katanya, setakat ini negeri itu membuka sekurang-kurangnya lima tempat perlindungan pemindahan.

Selain Pengawal Kebangsaan Hawaii, Pengawal Pantai AS dan Armada Ketiga Tentera Laut membantu usaha mencari dan menyelamat di Maui dan Marin AS menghantar helikopter ke Pulau Besar, manakala Jabatan Pengangkutan AS membantu usaha pemindahan, kata Presiden AS, Joe Biden.

Hingga malam Selasa, beratus-ratus hektar terbakar dengan jalan dan sekolah ditutup di bahagian Hawaii dan Maui County, menurut pengisytiharan darurat yang dikeluarkan oleh Luke.

Hawaii County merangkumi Pulau Besar, yang terletak di selatan Maui.

Pegawai berkata, angin dari Taufan Dora mengakibatkan kebakaran merebak ke seluruh negeri. Ribut itu berada kira-kira 1,380 kilometer (km) ke barat daya Honolulu setakat jam 11 pagi waktu tempatan, kata Pusat Taufan Kebangsaan.

"Angin kencang paling teruk sepatutnya berakhir pada lewat semalam atau awal pagi hari ini," kata peramal cuaca NWS di Honolulu, Ian Martin. - REUTERS

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.045766 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list