CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2106|Reply: 0

[Perak] Polis buru lelaki samun butik guna payung

[Copy link]
Post time 10-8-2023 11:40 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Batu Gajah: Polis memburu seorang individu yang menyamun butik produk kecantikan di Jalan Pandak Akhat, di sini, petang semalam, yang dikatakan melakukan jenayah itu menggunakan payung.

Akibat kejadian itu, pemilik butik mengalami kerugian sebanyak RM7,000.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, suspek dipercayai lelaki tempatan melarikan wang tunai dan barangan kemas milik penjaga premis yang juga seorang wanita.

Beliau berkata, suspek dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) membawa payung ketika masuk ke premis sebelum menggunakannya untuk menggertak mangsa menyerahkan barang berharga.

"Suspek mempunyai fizikal dengan ketinggian sederhana dan berbadan kurus. Semasa kejadian, suspek memakai baju lengan panjang warna kelabu, berseluar panjang warna hitam, bertopi keledar hitam dengan visor gelap dan berkasut putih.

"Polis sedang berusaha mengesan suspek bagi tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat digesa menghubungi pegawai penyiasat jenayah Inspektor Nurhidayah Omar di talian 0133976564 atau bilik gerakan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di talian 05-3654322 / 05-3629050 bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-butik-guna-payung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.055334 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list