CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2606|Reply: 0

[Selangor] Kes lelaki dikasari polis mungkin ada provokasi

[Copy link]
Post time 12-8-2023 02:17 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar rakaman video seorang lelaki dikasari anggota polis di hadapan sebuah IPD di Pantai Timur yang tular di media sosial, hari ini.

Gombak: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video membabitkan seorang lelaki dikasari anggota polis di hadapan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pantai Timur, yang tular di media sosial, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mungkin terdapat provokasi yang menyebabkan kejadian itu berlaku.

"Saya sahkan insiden itu berlaku di sebuah IPD di Pantai Timur dan kita masih jalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

"Mungkin ada provokasi berlaku sebelum kejadian berkenaan dirakam," katanya ketika ditemui selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate, di sini, hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki bermotosikal memakai bendera PAS di belakang badannya dikasari anggota polis di hadapan sebuah IPD di Pantai Timur tular di media sosial, hari ini.

Rakaman video berdurasi 14 saat itu memaparkan lelaki terbabit ditarik dari motosikalnya dan dipukul anggota polis.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngkin-ada-provokasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.075967 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list