CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1567|Reply: 0

[Johor] Jambatan terlalu tinggi!

[Copy link]
Post time 14-8-2023 12:04 PM | Show all posts |Read mode




PROJEK jambatan di Kampung Sungai Suloh yang terbengkalai sejak setahun lalu. FOTO ALIAS ABD RANI

Batu Pahat: Dibina untuk mengatasi masalah banjir namun bencana itu masih berlaku. Belum lagi mengambil kira struktur binaannya yang terlalu tinggi dan dianggap 'pelik'.

Itu pandangan penduduk Kampung Sungai Suloh, di sini berhubung projek pembinaan jambatan di penempatan mereka yang sudah terbengkalai sejak setahun lalu.

Projek itu sepatutnya siap pada Julai 2022 namun kerja pembinaannya dihentikan seketika hingga menimbul persoalan serta buah mulut orang ramai.

Penduduk, Hadi Ahmad, 47, berkata, akhir-akhir ini status pembinaan jambatan itu sering dibincangkan penduduk kerana seolah tidak menambah baik kemudahan kampung.

Katanya, mereka bukan hanya mempersoalkan isu terbengkalai, tetapi kewajaran jambatan itu dibina terlalu tinggi dan tidak sesuai.

"Kami ternyata-tanya kenapa dan apa tujuan sebenar jambatan itu dibina terlalu tinggi. Bagi kebanyakan penduduk, mereka merasakan projek itu tidak ada fungsinya.

"Kalau tak silap projek ini bermula sejak 2018 yang bertujuan untuk mengatasi masalah banjir serta menaik taraf sungai," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Ketua Kampung Sungai Suloh, Mohd Kamaruddin Shah Kamari, 47, berkata, mengikut perancangan, jambatan itu sepatutnya sudah siap dan boleh digunakan.

Namun, katanya, penduduk kampung pernah membuat bantahan disebabkan jambatan itu direndahkan kerana mendakwa tidak sesuai serta tidak berfungsi.

"Kami sudah berbincang dengan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) serta pihak mengendali projek itu supaya mengambil tindakan segera.

"Laporan diterima sebelum ini mengatakan jambatan hendak ditinggikan kerana mahu membina benteng, tetapi semuanya tidak menjadi kenyataan.

"Akhirnya pada 26 Julai lalu, banjir sampai empat kali berlaku," katanya.

Mohd Kamaruddin Shah berkata, kampung itu kerap banjir terutama apabila air pasang besar yang serentak dengan hujan.

Katanya, implikasi banjir memberi kesan kepada penduduk yang sangat berharap ada penyelesaian tuntas.

"Selepas ini projek fasa kedua akan bermula, cuma kami tidak dimaklumkan atau dipanggil untuk taklimat," katanya yang berharap pihak berkuasa mengambil perhatian isu itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... atan-terlalu-tinggi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.040676 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list