View: 1472|Reply: 2
|
[Johor]
Budak enam tahun cedera didera bekas teman lelaki ibu ramai-ramai
[Copy link]
|
|
Edited by mattzzx at 15-8-2023 11:30 AM
FOTO HIASAN
Johor Bahru : Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun mengalami kecederaan fizikal di bibir dan muka dipercayai didera bekas teman lelaki kepada ibu mangsa.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, laporan polis dibuat ibu mangsa yang berusia 25 tahun, pada 10.39 pagi semalam.
Katanya, susulan itu, lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan di sini, jam 11.05 malam tadi.
"Polis menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung kes penderaan anaknya di sebuah rumah di kawasan Kampung Sinaran Baru, Kempas.
"Mangsa mengalami kecederaan fizikal iaitu di bahagian bibir dan muka.
"Mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, bagi rawatan lanjut.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana perlakuan jenayah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... as-teman-lelaki-ibu
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bodohnyaa budak 4 tahun kau buat mcm tu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|