CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1551|Reply: 0

[Terengganu] Pembantu kanan PBT direman lima hari

[Copy link]
Post time 15-8-2023 01:50 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG pembantu kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di tahan reman selama lima hari di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi siasatan menyalahguna kuasa. FOTO Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Pembantu kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa dengan meluluskan pengeluaran dana kebajikan kesatuan untuk kegunaan peribadi hampir RM200,000.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 19 Ogos ini dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas mendapat permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, suspek lelaki berusia 50-an dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, kira-kira 9.15 pagi dengan berpakaian baju lokap SPRM.

Semalam, media melaporkan SPRM menahan lelaki terbabit yang juga bendahari kesatuan di PBT itu kerana dipercayai melakukan perbuatan berkenaan bermula 2017 hingga 2020 membabitkan lebih 30 transaksi.

Suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu kira-kira 12.30 tengah hari.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-direman-lima-hari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.191887 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list