View: 837|Reply: 0
|
[Kelantan]
Melambung terpijak Booby Trap
[Copy link]
|
|
Ab Wahab menunjukkan kakinya yang terpijak jerangkap samar.
Pasir Puteh: Insiden terpijak jerangkap samar atau booby trap yang dipasang komunis sehingga menyebabkan tulang tapak kaki kanannya hancur masih segar terpahat dalam ingatan wira negara ini meskipun kejadian itu sudah 39 tahun berlalu.
Menurut Lans Koperal (B) Ab Wahab Hassan, 64, peristiwa itu berlaku pada 24 Ogos 1984 ketika dia bersama satu platun terdiri daripada 30 anggota dari Pasukan Batalion 301 Askar Wataniah terbabit dalam Operasi Kota Golf dan diarahkan memburu saki-baki komunis di Batu 26 Lebuhraya Timur Barat di Perak.
Katanya, dia bersama anggota yang lain mula memasuki kawasan hutan dan selepas mereka berjalan sejauh 500 meter, dia terpijak jerangkap samar yang ditanam pengganas komunis.
"Sebelum terpijak jerangkap samar itu, dua anggota yang berjalan di hadapan saya hampir terpijak namun mereka dapat mengelaknya, tetapi saya tidak bernasib baik kerana ketika sedang berjalan kaki saya sudah pun terpijak jerangkap samar berkenaan.
"Apabila kaki diangkat ia terus meletup dan saya melambung setinggi tiga meter sehingga menyebabkan tulang tapak kaki kanan hancur dan pada masa sama, arwah Lans Koperal Salleh yang ketika itu berada pada jarak satu meter turut mengalami kecederaan di pergelangan tangan terkena serpihan letupan jerangkap samar.
"Ketika terpijak jerangkap samar, kaki saya mula berasa kebas sehinggalah rakan membuka kasut dan melihat kaki kanan sudah terkulai selain urat juga putus dan berlumuran darah.
"Jerangkap samar yang saya terpijak itu diperbuat daripada tin susu yang diisi dengan pelbagai objek tajam seperti kaca dan besi," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Padang Pak Umar, Selising di sini, kelmarin.
Bapa kepada tujuh anak dan datuk 19 cucu itu berkata, akibat kecederaan itu, empat rakannya membawanya keluar menggunakan pengusung sebelum dihantar pekerja konsesi lebuh raya ke Hospital Besar Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan.
"Selama 36 hari saya dirawat di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
"Insiden terkena jerangkap samar meninggalkan parut sepanjang 7.6 sentimeter di tapak kaki kanan saya dan selepas sembuh daripada kecederaan, saya bertugas sebagai kerani gaji sehingga bersara pada 1 September 2002," katanya.
Katanya, untuk membolehkan generasi hari ini tidur lena, pasukan keselamatan dahulu terpaksa menggadai nyawa di dalam hutan.
"Kini, selepas 22 tahun bergelar veteran anggota tentera, saya menerima wang pencen perkhidmatan RM1,400 selain wang pencen hilang upaya RM200 sebulan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Saya mewakili anggota ATM hilang upaya amat mengharapkan kepada pihak kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula kenaikan pencen hilang upaya yang diberikan kepada kami," katanya.
AB Wahab menunjukkan Pingat Jasa Malaysia yang diterimanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... terpijak-booby-trap |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|