CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 757|Reply: 0

[Terengganu] Terengganu rancang perkenal bot penambang kuasa solar bawa pelancong susur sungai

[Copy link]
Post time 19-8-2023 12:49 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Razali Idris (kanan) melihat produk kraftangan dijual peniaga di Payang Walk. - NSTP/BAHAROM BAKAR.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan mengaktifkan semula aktiviti menelusuri sungai menggunakan bot penambang yang dirancang dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga solar, dalam usaha meningkatkan kunjungan pelancong ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, berkata bot penambang yang sekian lama menggunakan enjin dirancang dinaik taraf kepada penggunaan tenaga solar, seperti dilaksanakan ke atas beca pelancongan.

"Projek percubaan penggunaan tenaga solar untuk beca roda tiga yang dilaksanakan kerajaan negeri didapati berjaya menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara, jadi kita akan cuba pula ke atas bot penambang.

"Jika penggunaan tenaga solar oleh bot penambang berjaya, ia mampu merancakkan lagi ekonomi sektor pelancongan di negeri ini," katanya ketika mengadakan lawatan ke tapak Payang Walk di Dataran Shah Bandar, di sini.



Razali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, berkata aktiviti menelusuri sungai dengan bot penambang, jika dapat diaktifkan, diyakini mampu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong, sekali gus menambah pendapatan pengendali perkhidmatan berkenaan.

Beliau mengambil contoh pengendali beca roda tiga yang mampu memperoleh antara RM300 hingga RM400 setiap kali program 'Payang Walk' diadakan selepas pengangkutan tradisonal itu dinaik taraf menggunakan tenaga solar.

"Program pelayaran di sungai menggunakan bot tanpa enjin juga mampu menarik minat pelancong selain menambah pendapatan operator bot penambang," katanya.

Mengenai program 'Payang Walk' yang diperkenalkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bulan lalu, Razali berkata, jumlah antara 3,000 hingga 4,000 pelancong dari dalam dan luar negara mengunjungi program itu setakat ini.

"Hasil jualan 150 peniaga yang menjual pelbagai makanan tradisonal dan kraftangan, keseluruhannya RM270,000 dalam tempoh tiga kali program 'Payang Walk' diadakan. Kita akan perluaskan program ini ke kawasan tarikan pelancongan lain di seluruh Terengganu secara berperingkat," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... olar-bawa-pelancong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.063615 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list