CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1048|Reply: 0

Ferrari terdesak kejar kelompok hadapan

[Copy link]
Post time 21-8-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode

FERRARI sekadar berada di kedudukan keempat dalam kategori pengeluar selepas mengharungi 12 perlumbaan pada musim ini. – AFP

MARANELLO, Itali – Pelumba Ferrari, Charles Leclerc percaya pasukan itu perlu melihat gambaran yang lebih besar untuk meningkatkan tahap prestasi mereka menjelang separuh ke­dua saingan musim ini.

Ferrari berdepan kesukaran untuk mencabar kedudukan podium dalam 12 perlumbaan setakat ini apabila Leclerc dan seorang lagi pemandu mereka, Carlos Sainz bergelut untuk me­nempatkan diri dalam kelompok enam pelumba terbaik.

Pelumba dari Monaco itu berjaya meraih kedudukan podium pada perlumbaan Grand Prix (GP) Belgium di Litar Spa Francorchamps sebelum cuti rehat musim panas selepas kali ter­akhir ketika meraihnya pada GP Austria.

“Pasukan ini sudah ­semakin hampir untuk mendapatkan rentak terbaik, anda boleh melihatnya pada setiap sesi kelayakan. Anda lihat ketika di Budapest, kami tidak terlalu ke­tinggalan berbanding pasukan-pasukan lain.

“Namun, masih ada beberapa perbezaan kecil yang memberikan kesan besar kepada keputusan ketika perlumbaan. Apa yang kami sedang lakukan ketika ini adalah memberikan fokus kepada semua perincian,” kata­nya.

Tambahnya, pasukan dari Itali itu perlu meletakkan matlamat yang jelas dan berusaha untuk memburu kedudukan kedua ka­tegori pengeluar saingan musim ini selepas Red Bull Ra­cing berjaya menguasai saingan.

“Setiap perincian sangat penting buat kami supaya prestasi pasukan ini tidak lagi terumbang-ambing. Di Budapest, kami laju ketika sesi kelayakan, namun jauh ketinggalan pada perlumbaan sebenar. Secara realiti, kami belum cukup pantas.

“Kami perlu meletakkan segala kemampuan yang ada untuk kembali memberikan cabaran dan berada pada kedudukan yang sepatutnya dengan kadar yang segera,” jelasnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... r-kelompok-hadapan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.057575 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list