CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 916|Reply: 0

[Johor] 'Sunting madu buat Arjunaku'

[Copy link]
Post time 23-8-2023 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Kulai: Berat untuk segelintir wanita menerima poligami, namun Chinta Arjuna pula sebaliknya apabila sanggup melamar kenalan lama dan jirannya, Eija sebagai isteri kedua buat suaminya, Arjuna.

Bukan setakat itu, Chinta, 37, juga yang menguruskan majlis perkahwinan suami dan madunya hingga mereka diijabkabulkan pada 28 Jun lalu di Masjid Al-Husna, Bandar Tenggara, di sini.

Ditakdirkan, majlis pernikahan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-10 perkahwinan Chinta dan Arjuna, 39, serta hari kelahiran suaminya itu.

Ia selepas suami dan madunya menjalani sesi taaruf dan mengikat tali pertunangan kira-kira sebulan sebelum majlis.

Berkongsi kisahnya, Chinta yang menetap di Bandar Tenggara, di sini berkata, dia dan suami sudah berkahwin sejak 10 tahun lalu namun belum ada rezeki dikurniakan zuriat walaupun pernah berikhtiar dengan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).

Bagaimanapun, Chinta berkata, Arjuna tidak pernah menjadikan alasan tiada zuriat untuk berkahwin lagi kerana dia yang mempertemukan suaminya itu dengan madunya.

"Saya dan madu sebenarnya kenalan lama dan tinggal dalam kejiranan sama.

"Kami pun selalu berhubung menerusi WhatsApp kerana dia pernah jadi ejen dan dropship perniagaan saya malah sudah menganggapnya seperti adik.

"Madu saya juga kenal suami dan pernah jumpa namun setakat kenalan sehingga satu hari, saya mesej dia (madu) tanya mahu atau tidak kahwin dengan suami.

"Madu saya ingat saya bergurau dan tanya juga kenapa saya luahkan hasrat itu namun selepas terangkan, baru dia faham. Katanya, dia terima kerana berasa saya ikhlas dan ingin menjaga maruahnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Chinta, niat sebenarnya menjodohkan Eija, 33, dengan suaminya adalah kerana mahu membantu madunya yang berstatus ibu tunggal sebelum ini daripada menjadi mangsa fitnah dan gangguan lelaki.

Selepas madunya bersetuju, barulah Chinta luahkan hasrat itu kepada suaminya.

"Suami tanya kenapa beri dia kahwin lagi kerana baginya, perkahwinan bukan bukan boleh dibuat main memandangkan perlu galas tanggungjawab.

"Tapi suami terima juga akhirnya selepas saya terangkan niat sebenar. Memang ada yang persoalkan kenapa saya izinkan suami kahwin lagi dan alasan saya adalah kerana suami tak curang serta membelakangi saya.

"Suami dan madu juga tak pernah keluar berdua kerana saya ada bersama cuma tinggal berasingan," katanya.

Ditanya mengenai perkongsian terbukanya di TikTok, Chinta berkata, niatnya memuat naik di platform berkenaan adalah untuk menghargai suaminya.

"Sebenarnya, saya saja sunting gambar kemudian muat naik di TikTok untuk imbas semula kisah kami berdua.

"Niat saya juga nak hargai suami kerana teringat pengorbanannya tunggu saya kerana tujuh tahun kami bercinta sebelum berkahwin.

"Tak sangka pula boleh tular namun saya harap mereka yang menonton video itu doakan kami bahagia sampai syurga kerana perjalanan sekarang (poligami) baru bermula.

"Jujurnya, tak sedih cuma mereka yang datang waktu majlis perkahwinan suami menangis jadi saya ikut sama sebak kerana terharu ," katanya.



CHINTA, Arjuna dan madunya, Eija. FOTO Ihsan Chinta Arjuna

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -madu-buat-arjunaku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.184230 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list