CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 907|Reply: 0

Ferrari tak boleh kecewa lagi

[Copy link]
Post time 23-8-2023 12:31 PM | Show all posts |Read mode

VASSEUR mahu pasukannya bangkit mengejar Mercedes.

London: Ferrari perlu merebut peluang dan memperbaiki semua aspek apabila Formula Satu (F1) kembali bersaing di Zandvoort hujung minggu ini, menurut pengurus pasukan Fred Vasseur.

Bercakap kepada wartawan menjelang Grand Prix Belanda yang mungkin menyaksikan Red Bull memenangi perlumbaan kali ke-14 berturut-turut, dia berkata Ferrari kekurangan 20 atau 30 peratus prestasi.

Pasukan paling berjaya sepanjang zaman itu kini berada di tempat keempat carta kejuaraan selepas 12 daripada 22 perlumbaan, lima mata di belakang Aston Martin dan 56 mata di belakang pasukan di tangga kedua Mercedes yang meraih 247.

Red Bull (503) berada dalam liga mereka tersendiri dan pendahulu Max Verstappen memburu rekod sembilan kejuaraan berturut-turut selain meraih lebih banyak mata (314) berbanding pasukan lain.

"Terdapat jurang besar dengan Mercedes dari segi pungutan mata tetapi apabila saya melihat bahagian pertama musim ini, kami terlepas banyak peluang," kata Vasseur.

"Kami perlu memanfaatkan peluang pada bahagian kedua musim ini. Kami perlukan sesuatu yang istimewa untuk mengejar Mercedes tetapi bagi saya paling penting dapat mengejar mereka dari segi kepantasan."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... k-boleh-kecewa-lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.356589 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list