CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jaza2008

[LUBUK KEDIT]-GARAPKAN IDEA KREATIVITI ANDA DALAM BENTUK TULISAN/KARANGAN

[Copy link]
Post time 31-12-2010 10:26 AM | Show all posts
Salam Pn. Momod Jaza,

Pujian diberikan untuk BOD baru ini kerana membuka lebih ruang lagi kepada pengunjung WR untuk meluahkan/mengasah bakat dalam bentuk tulisan.  Saya fikir selain dari membaca, warga WR ada lagi bakat yang lain itu menulis. Bakat yang belum diketengahkan kerana tidak mencuba.  Atau dalam kata lain bakat terpendam...  Kita tak akan tahu selagi belum mencuba.  Mungkin cerita pendek yang dipaparkan (lebih kurang 150 perkataan) itu lebih menarik dan memberi munafaat kepada pembaca lain.

Cerita-cerita anda mungkin boleh dijadikan pedoman, iktibar kepada yang lain.  Atau mungkin juga boleh dijadikan panduan kiranya menghadapi perkara yang sama.

Dan apa lagi ditunggu... cuma tekan papan kekunci dan lakarkan apa yang rasa dan terlintas difikiran.

*****
Jaza...

Seorang boleh menghantar berapa karangan? Tiada had?
Bila terbaca saja benang ini.. banyak pula idea berlegar-legar di kepala;
cuma nak pendekkan saja... bimbang terlepas daripada had perkataan
yang dibenarkan...

Selamat Tahun Baru 2011
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2010 11:55 AM | Show all posts
Reply 17# Jaza2008


    bakpo demo tanyo nak tace dok,,,,,, soheh lah kito nak tace.......
buleh wi banyok dehhh........

lamo dok kecek denge demoo
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 03:37 PM | Show all posts
no idea la. huuuhuhhuuuhhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 05:27 PM | Show all posts
Reply 21# cmf_azure


    tiada had langsung

sbb apa yg penting , kami hendak melihat karya kreatif kamu semua
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 08:10 PM | Show all posts
Awak ohh awak!!
Saya pelik kenapa awak selalu tanya saya sayang awak ke tak, selalu sangat. Awak sedar tak tiap kali kita duduk makan dekat Pizza Hut ke, Secret Recipe ke, KFC ke, sampai ke mamak pun awak tanya saya sayang awak tak? Selalu juga awak cakap awak sayang saya, bukan saya tak suka cuma saya rasa nak lagi nak lagi nak lagi. Kalau bole saya tak nak awak berhenti cakap awak sayang saya. Hehe. Sebenarnya saya pun sayang awak cuma saya tak tahu macam mana nak balas apa awak cakap. Awak ingat tak dulu awak penah tanya saya soalan yang sama, bila saya cakap saya sayang, awak tanya pula banyak mana, bila saya kata sebanyak mana makhluk Tuhan dimuka bumi awak tanya lagi. Macam-macam soalan awak tanya sampai tak logik. Tapi kan saya suka bila awak merapu, sebab awak buat saya gelak. Eii, dalam hati hanya Dia yang tahu banyak mana saya sayang awak. Awak sekarang dah pandai marah sebab saya selalu tak jawab bila awak tanya saya sayang awak tak. Awak dah pandai merajuk, comel sangat. Walaupun saya selalu cakap "Merajuklah, nanti muka cepat kedut!!" tapi percayalah saya tak kisah awak kedut sebab bila awak merajuk muka awak sangat comel. Sila merajuk selalu ye, saya merayu nih. Tolong merajuk bila kita jumpa nanti ya. Saya tetap nak awak merajuk, kalau selepas awak baca surat ni awak berhenti merajuk saya tak sayang awak lagi. Haa! Awak jangan harap ya saya nak bersayang-sayang dengan awak selepas ni sebab saya hanya akan cakap saya sayang awak bila saya sah menjadi isteri awak. Semoga awak tabah mengharungi hidup sebagai boyfriend saya tanpa perkataan SAYANG. Tapi saya tetap akan cakap I love you macam biasa, saya tahu awak rasa I love you tuh macam biasa tapi percayalah saya betul-betul maksudkannya. Saya berhenti disini saja sebab saya tak nak awak mengantuk baca apa yang saya bebelkan disini. Atau pun saya tak nak awak terlalu lama di awan-awangan  sebab saya takut sayang saya nih kena langgar  dengan kapal terbang kat langit tu. Hehe. Akhir sekali saya nak cakap terima kasih sebab awak sanggup baca sampai habis surat saya ni. PEN MERAH PEN BIRU, U MARAH I LOVE YOU. PECAH KACA PECAH GELAS, LEPAS BACA HARAP BALAS.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 07:25 AM | Show all posts
merah saja ja meng-gila. hahaha. bkn selalu ada peluang merapu. rekaan semata2, btw yg 2 sentences last tuh, pantun 2 kerat sapa penah guna dlu? hahaha. lawak kan!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2011 10:08 AM | Show all posts
Awak ohh awak!!
Saya pelik kenapa awak selalu tanya saya sayang awak ke tak, selalu sangat. Awak se ...
Merah_Lulu Post at 1-1-2011 20:10

pantun popular jaman sekolah atap lagi..   napa tak buat spacing sikit, perenggan, mudah nak baca.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 12:12 PM | Show all posts
hehe. coming soon punya letter etc akan ada spacing ye. sorry! (insyaallah kalau ada idea)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2011 10:29 AM | Show all posts
Certot (cerita kontot) ini merupakan salah satu daripada entri dalam projek Dari Alam Angker saya. Nikmatinya.
==================================================================

Dari Alam Angker - Korban Penanggal

Resah betul hati Bidan Lisun. Misah dilihatnya masih mengerang-ngerang kesakitan selepas melahirkan anak sulungnya senja tadi. Dalam keadaan begini memang Bidan Lisun berhati-hati dengan kemungkinan timbulnya gangguan. Gangguan yang sentiasa mencari peluang menunggu mangsa.

Masa Misah rasa tersangkak dan menahan sakit untuk melahirkan, sudah ditangkalkan air selusuh dengan jampinya;

"tulang badar tulang maliku,
tiga tulang halus,
daging berkuak darah beralur,
urat mina bersusup beralur kala,
yang beku minta pecahkan,
yang kusut minta usaikan ah,
bukan aku yang punya tawar,
tawar selusuh yang aku tawar,
berkat doa hu..."

Lalu diberikan air jampi selusuh itu pada Misah. Sejurus lepas itu barulah Misah mudah menerankan kepala bayi.

Memang sudah diikutkan petua yang menjadi amalan ilmu perbidanan sejak turun-temurun. Disuruhnya Seman Teleng meletakkan duri limau di bawah rumah. Kemudian, disangkutkan daun mengkuang di jenang pintu. Bidan Lisun sudah pun bersedia dengan sebarang kemungkinan, lagi pula pengalamannya sejak 30 tahun yang lalu memberikan banyak ketenangan.

Tiba-tiba mata Misah terbeliak memutih memandang kasau atap. Kakinya terkinjat-kinjat menendang angin. Tanganya memegang perut. Serentak dengan itu, Bidan Lisun ternampak perempuan tua bongkok dengan rambut putih mengerbang sedang meratah temuni di hujung rumah. Menggugis dan meratah bagaikan daging panggang lagaknya. Berselera sekali perempuan tua bongkok itu. Memang tadi temuni itu tidak sempat diuruskan kerana gelap malam telah menyerkup alam. Temuni yang diletakkan dalam gulungan tikar mengkuang itu memang mahu disempurnakan esok pagi.

Semerta Bidan Lisun mengecam perempuan tua itu adalah jelmaan pelesit yang mahu mencari mangsa. Cepat-cepat Bidan Lisun mencapai kacip pinang dan disendal dengan kunyit, lalu menyeru;

"ungguh-ungguh anggah anggah,
datang nenek tongkat besi,
terlanda engkau patah,
terpijak engkau mati,
aku tahu asal kau jadi,
darah ular sekati munur asal kau jadi,
terserak ke laut jadi tahi nagan,
terserak ke darat jadi mambang kuning,
berkat doa hu..."

Menyeringai dan menjerit panjang perempuan tua bongkok jelmaan pelesit dan terus melompat ke kasau atap. Berjejeran darah di mulutnya dan dikesat dengan belakang tangan. Bimbang dengan keadaan isterinya, Seman Teleng terus menerpa mendapatkan isterinya Misah. Nafas Misah tersengal-sengal menahan kesakitan yang amat sangat. Lantai rumah telah basah dengan darah.

Misah tumpah darah!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 04:54 PM | Show all posts
Reply 5# uda08_za


    ok uda... perkara utama yang kena belaja.. kat keyboard masih ada huruf2 lain selain N, E, X, T... hehehe
kena hafal dulu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 07:07 PM | Show all posts
Saya mulakan la ye Cik Pn. Momod.
================================================================
...
attokz Post at 30-12-2010 15:24

Maaf ya.. saya pernah baca cerpen tajuknya 'seekor manusia, seorang haiwan'.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 07:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by norim at 4-1-2011 19:38

Cerita duka rakanku.

Petang tadi aku turut berduka apabila mendengar ungkapan-ungkapan yang baru keluar dari isi hati rakanku. Air mataku turut bergenang dan tumpah bersama ceritanya. Cerita selepas acara pengebumian jenazah suaminya selamat disemadikan.

     " Hari Ahad lepas, semalam, ya semalam. Mi dengan abang pergi ke Jalan TAR. Abang dari rumah dah kata nak belikan kain pasang buat Mi. Sepanjang jalan TAR tu kami masuk setiap kedai kain. Abang dengan teruja melihat kain-kain yang dipamerkan. Mi hanya mengekor abang dan sentiasa disampingnya. Mana yang dia berkenan dia terus beli. Sebanyak enam pasang kain menjadi pilihan abang. Semua warna dan corak semua pilihannya. Lepas beli kain abang pegang tangan sambil menunjukkan tiket wayang yang sudah dibelinya. Dia kata ''mari kita tengok wayang, Milah perempuan pertama dan terakhir abang bawak tengok wayang. Ni filem gunakan 3D. Abang nak tunjuk macam mana nak tengok wayang ni". Mi tak kata apa, hanya angguk dan ikut abang tengok wayang, walau sebenarnya dah berpuluh tahun tak menjejakkan kaki ke panggung wayang.

    "Lepas tengok wayang kami dan penonton lain naik lif untuk turun ke lobi. Lepas tak ada lagi orang dalam lif, abang peluk dan curi-curi cium pipi Mi". Aku dah mula menangis..ahh betapa mereka seperti orang yang bercinta, dan baru mula berdating. Abang pegang tangan dan terus ajak Mi pergi main bowling. Selama ni Mi tak pernah main bowling, abang je yang main dengan teman-temannya. Abang kata, " Abang nak main bowling dengan Mi pulak kali ni". Yang kelakarnya, masa main ni Mi dapat kalahkan abang dengan point yang banyak gak, walau pun Mi tak pernah main" Ada senyum di bibirnya, ada sendu di matanya.

   " Kami balik naik motorsikal, singgah makan di warung mamak yang jual rojak dan cendol di Jalan Kucing dekat Taman Wahyu. "Kat situ kami makan rojak, sambil abang suapkan rojak. Masa ni kami makan bersuap-suap. Abang tak segan dengan orang yang memandang" Aduh, aku sudah sebak dan air mata sudah berjuraian. Aaah, betapa pucatnya wajahnya, sudah nampak kurus rakanku ini , walau belum 24 jam kehilangan suami. Ku peluk erat tubuhnya yang lesu sambil berdoa, Ya Allah, tabahkanlah hatinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 08:35 AM | Show all posts
Sambil menunggu makanan yang baru sahaja di order sampai di sebuah restoran mamak yang agak terkenal di ibu kota, si GF mengeluarkan handphone miliknya dan mula merakam aksi BF-nya untuk dijadikan kenangan pada hari tua mereka. (Insyaallah)

GF        : Awak nama apa?
BF        : Sameon Bin Sood! (Bukan nama sebenar)
GF        : Awak sayang siapa?
BF        : Saodah Binti Sapian. (Bukan nama sebenar)
GF        : Dia cantik tak?
BF        : Cantik!
GF        : Ada orang lebih cantik dari dia?
BF        : Ada! (Senyum manis gula)
GF        : Sape??
BF        : Adalah... (Senyum minta belasah)
GF        : Cakap lahh. (Marah)
BF        : Don’t want. Fullstop!
GF        : Fine! (Ayat wajib girl, kan? Laki pun!!)

     Si GF bangun dan berlalu pergi meninggalkan si BF sendirian. Si BF tidak berbuat apa-apa, tapi jarinya ligat menaip handphone.

     Dalam hentakan jalan dan bebelan di mulut terumat-kamit seperti membaca mantera, tiba-tiba berbunyi lagu My Heart Will Go On, lagu yang si GF khaskan untuk msge yang dihantar oleh si BF......

     “Awak..Bila awak tanya, awak cantik ke tak? Saya jawab cantik, memang awak cantik. Sumpah! Tapi bila awak tanya saya ada tak orang lebih cantik dari awak, saya akui ada nama lain di kotak fikiran saya. Tipu kalau saya kata tiada lebih cantik dari awak didunia ini, lagipun awak.. Didunia ini Dia ada mencipta bidadari yang cantiknya tiada tertanding dengan manusia dimuka bumi ini. Tapi jika awak teruskan bersabar pastinya awak akan dapat jawapan saya, saya cuma suka dengan kecantikkan awak bila awak merajuk. Maafkan saya kalau awak terasa, saya Cuma leka dengan raut wajah comel awak bila marah. Terima kasih kepadaNya mencipta seorang insan seperti awak. Walaupun Dia mencipta bidadari yang tiada tandingannya namun jawapan saya adalah yang lain. Orang yang cantik dari awak, awak hanya akan Nampak bila awak berada dihadapan cermin. Senyumlah sayang kerana awak bukan sahaja tercantik, malah terindah dihati saya.  Maafkan saya kerana menyakiti hati awak..“

THE END

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 09:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by fazss at 5-1-2011 12:20

AKU CINTA AKU RINDU

Angin bertiup lembut membawa rasa yang tidak terperi. Kau pergi membawa sesuatu milikku. Ya, aku berikannya pada mu. Tapi aku lemas di daratan di saat kau senyap tanpa khabar. Aku mencari di mana jasad mu, aku mencari di mana salahku. adakah besar rasa cintamu sehingga aku terpaksa merasa kepedihan ini.

Dear...

Kepedihan ini teramat dalam buat lubuk hati ku. deraian hujan yang membasahi, hebat lagi mutiara ku yang tidak putus buat hubungan kita. Bukan jambatan emas yang aku pohon, kasih yang menggunung dan perhatian yang selaut. Itu sahaja.

Aku bawa luka ini bersama, bersama sepihan hati. Langkahku kian pincang tanpa mu. Aku sedar, satu masa nanti kita akan terpisah juga. Biarlah perpisahan itu hanya kerna Nya. Aku redha.

Ombak menghempas keras ke pantai. Pasir kering berterbangan mengikut bayu yang mendayu. Aku duduk merenung jauh. Besar rasa hati ini, terlalu besar impian jiwa ini. Mampukah kau hadir sebelum semuanya berakhir. Demi rasa yang tidak terhingga, demi kau yang aku cinta, demi rindu yang aku himpun. Demi segalanya aku hulur bersama jiwa. Aku cinta , aku rindu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 09:36 AM | Show all posts
Reply 19# tudung_bawal


    Percubaan yang baik dan bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 09:38 AM | Show all posts
Reply 35# Jaza2008


    thanks mod jaza for tacang...
    akan cuba buat lagi baik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2011 09:47 AM | Show all posts
Reply 25# Merah_Lulu


    percubaan yang baik tapi merah_lulu boleh baiki lagi dgn perenggan yang berasingan agar nmpak lebih bentuk karangan...
baru org ada mood nak baca.. memang mula-mula menulis cam tu gak...lama-lama tahulah tu...


(aku ni dah cam editor lak... ) tegur menegur sesama kita...agar dpt diperbaiki dan jadi sempurna (walau tidak sesempurna penulis profesional....

-->harap kakak2/abang2 penulis yang berbakat tu dpt lah berkongsi pendapat dan pengetahuan agar adik2 yg baru mencuba ni lebih bersemangat nak asah bakatnya kat sini.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 09:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by Jaza2008 at 5-1-2011 10:05

Reply 29# attokz


    baca citer attokz ni teringat zaman2 membaca citer Tamar Jalis - Bercakap Dgn Jin...berkahwin dgn jin... dan cerita2 yang terkandung dalam buku mastika serta buku2 seram yang lain... dulu2 jaza suka baca buku cam tu, tapi bila "sesuatu" ada berdampingan disisi...maka minat itu terus lenyap sebab tak ingin memikirkan sesuatu yang menghantui diri spjng masa...
genre cerita begini selalu mengunakan bahasa dan tatabahasa yang tinggi yang sedikit sukar nak memahaminya dalam waktu yang singkat...(kena cari kamus bahasa  ni....atau bahasa melayu lama)

good job!...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 09:57 AM | Show all posts
Reply  uda08_za


    ok uda... perkara utama yang kena belaja.. kat keyboard masih ada huruf2 l ...
fazss Post at 4-1-2011 16:54



    yelah.. ntah sapa la yang ajar uda tu kat keyboard dia hnya ada N.E.X.T je.. kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 10:04 AM | Show all posts
Reply 34# fazss


    saja ni nak tegur skit tuk penulis yang ada bakat...
fazss cuba buat cara biasa ye bila mengarang. Selepas titik(fullstop) mesti huruf besar, karang adik2 yg membacanya
terikut2 smpai ke karangan sekolah.... aku keliru gak ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.080022 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list