CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1713|Reply: 0

Hamilton nafi bengang dengan Mercedes

[Copy link]
Post time 30-8-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode

LEWIS Hamilton. FOTO AFP

London: Lewis Hamilton menegaskan dia masih mempunyai hubungan yang baik dengan Mercedes walaupun pasukan itu tidak mendengar kebimbangannya mengenai pembangunan kereta Formula Satu (F1) Mercedes untuk musim 2023.

Mercedes bermula hambar pada musim ini apabila muncul pasukan keempat terpantas pada aksi pembukaan di Grand Prix Bahrain.

Akibatnya, Hamilton melepaskan kekecewaannya apabila mendakwa Mercedes tidak mendengar maklum balasnya berhubung pembangunan kereta mereka.

Menjelang cuti musim panas, Hamilton ditanya sama ada hubungannya dengan Mercedes semakin renggang.

Dia memberitahu M4 Sport: "Saya fikir dalam sukan yang sengit seperti ini sudah tentu ada kekecewaan di kedua-dua pihak dan apa yang penting ialah anda terus terbuka dan berkomunikasi mengenainya.

"Tidak dinafikan semua pihak dalam pasukan ini mahukan kemenangan. Kami terkesan dengan had kos dan peraturan baharu, jadi anda tidak boleh hanya 'meniru' untuk melakukan sesuatu yang berbeza.

"Perkara yang positif adalah pasukan kini lebih terbuka menerima pandangan, jadi mari kita sama-sama berusaha untuk menjadi lebih baik pada tahun depan."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ang-dengan-mercedes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.205477 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list