View: 2137|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Cederakan anak saudara, pengawal keselamatan dipenjara 10 bulan, denda RM800
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Rembau: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anak saudaranya berusia dua tahun.
Majistret Kartini Kasran menjatuhkan hukuman itu terhadap G Jegen, 37, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Jika gagal bayar denda tersebut, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dua bulan.
Tertuduh juga dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah mahu membunuh kanak-kanak itu dan ibunya yang berusia 58 tahun.
Jegen didakwa melakukan perbuatan itu sebuah rumah di Taman Suria, Tampin pada jam 6 petang pada 27 Ogos lalu.
Bagi pertuduhan mencederakan anak saudara, tertuduh didakwa didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau boleh denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Manakala bagi pertuduhan mengugut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh memukul anak saudaranya itu di bahagian kepala sehingga terjatuh dan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami luka di bahagian bawah bibir, bengkak muka sebelah kiri dan luka dibahu kiri.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam Siti Syuhada Mohd Isa dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0-bulan-denda-rm800 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|