CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7402|Reply: 29

TONER RAMBUT 'HAIRUMMA'-YANG PERTAMA UNTUK WANITA BERTUDUNG

[Copy link]
Post time 2-1-2011 10:06 PM | Show all posts |Read mode
Hairumma (penyegar rambut dan kulit kepala) adalah produk yang pertama kali diperkenalkan khusus untuk kaum hawa yang bertudung. Seperti kulit muka, kulit kepala juga perlu dipelihara kesihatan dan kesegaran kerana rambut yang tidak terdedah kepada matahari dan udara akan menjadi kusam, berbau dan meransang keguguran.
Hairumma dirumus 100% bahan semulajadi seperti:-

:Minyak Pati Essential
:Ekstrak Henna
:Rosemary
:Minyak kelapa dara

so uols yg dah cuba blehla kita share sama2 kat sini...
saya dah cuba hampir dua bulan dan alhamdulillah rambut gugur dah kurang...lagipon cukup senang...sembur dah sikat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2011 10:08 PM | Show all posts
Fungsi Hairumma ni  memelihara kesegaran pori-pori di kulit kepala. Ini mengelakkan rambut dari kekusaman dan gugur manakala aroma dari minyak pati menghindarkan rambut berbau. Minyak pati yang dirumus juga bertindak meransang dan mengaktifkan sel pada kulit kepala untuk mencambahkan pertumbuhan rambut baru.


Formulasi minyak kelapa dara, ekstrak henna, minyak pati rosemary, geranium dan limau mempunyai nilai teraputik yang tinggi dan aromatik semulajadi tanpa alkohol.

Rambut pon sentiasa wangi dah tak berbau walaupun bertudung sepanjang hari...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2011 10:12 PM | Show all posts
[img][/img]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2011 10:27 PM | Show all posts
takde ker yg prnah cuba ekkk?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 11:07 AM | Show all posts
bape harge? mane nak dpt?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 01:33 PM | Show all posts
sape2 yg da try, bg la review..
cam best plak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2011 11:10 PM | Show all posts
da try gugel..
hrga berpatutan. ade kuar metro gak..
ni yg rs cm nak try ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 11:21 PM | Show all posts
dah try gugel..
hrga ok sgt. and da pernah masuk kat metro..
tp katne ek nak bli kalo area johor?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2011 11:05 AM | Show all posts
check pm ya dear....best..rasa cool jerk pakai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2011 11:10 AM | Show all posts
pakai nie simple jerk...sembur n sikat...saya pakai sentiasa...masa nak gie kerja,lepas balik umah mandi n shampoo....n sembur gak n sikat....lambut jadik lembut n halus jer...wangi pon wangi....
ader keluar iklan harian metro n mingguan wanita terbaru minggu lepas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2011 11:14 AM | Show all posts
mari kita share ilmu skit ekk tentang rambut gugur.....

PUNCA RAMBUT GUGUR
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:
* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.
* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2011 11:15 AM | Show all posts
MENGAPA RAMBUT KITA GUGUR??

Rambut itu mahkota wanita

Tidak hairanlah jika wanita memandang masalah keguguran rambut sebagai sesuatu yang cukup serius. Pada kebiasaan keguguran berlaku disebabkan oleh faktor keturunan pada peringkat remaja, lingkungan 20-an atau 30-an. Masalah ini menjadi lebih ketara apabila mereka mencecah usia 40-an.
Bagi setiap individu, hampir 90 peratus rambut di kulit kepala akan terus berada dalam fasa pertumbuhan, manakala bakinya di kulit kepala akan berada dalam fasa rehat.Fasa pertumbuhan ini berlanjutan dalam tempoh antara dua hingga enam tahun. Bagaimanapun, rambut akan gugur pada penghujung fasa rehat.
Pertumbuhan rambut yang normal perlu melalui tiga peringkat iaitu:
* Fasa pertumbuhan
* Fasa berehat
* Fasa gugur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2011 11:16 AM | Show all posts
Testimoni pengguna toner rambut hairumma

Testimoni Hairumma daripada pelanggan yang berpuas hati

1. Siti Rafiah Mohd Pouzi   
Pakai toner ni rambut kering pun menjadi lembap.. sejuk je bila pakai..kelemumur pun hampir tiada..       rambut  pun dah tak berbau, gatal kepala pun dah tak seteruk dulu. Rambut senang di uruskan sebab rambut saya panjang.

2. Ummi Kamsiah   
Alhamdulillah, rambut gugur pun kurang juga, bau wangi, baru je pakai tapi dah nampak kesannya.Terima kasih Hairumma..

3.  Nurul Saadah Halim   
Rambut berbau harum bila sembur kat rambut. Sebelum menggunakan hairumma, rambut saya dah gugur terlalu banyak. Setiap hari dua genggam rambut gugur. Sedih saya tengok rambut saya jadi  macam tu selepas melahirkan anak. Setelah saya guna Hairumma ni,tiada  lagi masalah rambut gugur.Terima kasih Hairumma.

4. Norsuzita Haris   
Rambut sentiasa segar, rambut tak berbau di sebabkan peluh, yang paling utama rambut kurang gugurlah dan kelemumur pun tak de..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 01:39 PM | Show all posts
klu bab2 kguguran rmbut lak cmne? sbb sy mmg ade prob rmbut gugur..
ade try shampoo dr forum ni gak. tp cm xbkesan.

toner = tonik ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2011 04:22 PM | Show all posts
MYNAMEISYAT.....

yup...walaupon nama dia 'toner' but fungsi dia sama cam tonik rambut....kandungannya dapat menguatkan akar rambut dah kurangkan masalah rambut gugur.....saya pon ader masalah macam awak gak..terutama bila lepas melahirkan rasa makin banyak gugur...
alhamdulillah lepas guna toner 'hairumma' ...ia mujarab utk saya...sebelum nie macam2 saya pakai...semua tak menjadik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2011 04:25 PM | Show all posts
satu tips yg saya dapat dr kawan yg merupakan pengusaha salon.....ketika mencuci rambut..jgn sesekali menggaru rambut dan anak kepala gunakan kuku...sebab ia akan mengalakkan lagi pengeluaran minyak di kulit kepala n kuku nie bisa....nanti akar rambut mudah rosak.....just guna hujung2 jari..urut2 ja....lepas shampoo...keringkan dan jgn terus sikat...masa tuh akar rambut masih lemah...biar kering seketika....kalau perlu sikat..sikat perlahan2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2011 04:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 05:47 PM | Show all posts
ada nampak iklan produk nie kat HM

sapa2 gadis tudung bagus pakai nie

yea lar mana tau ada yg stok rambut bau kepam

takut besok org benci nak dekat ngan kita wei
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 10:04 PM | Show all posts
mekasih TT 4 d info.. sy try cr kt jb ni. if susah nk jmpe, sy order kt awk je.. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 11:56 AM | Show all posts
mynameisyat....

ok dear....sharing is caring...no hal punya...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.282367 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list