CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7019|Reply: 88

Gara-Gara Rebut Tanah, Anak Dakwa Roh Bapa Dikunci Dalam Botol- Jenazah Berpeluh, Lemas Dalam Kubur Dikebumi Hidup-Hidup

[Copy link]
Post time 5-9-2023 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki sedih apabila mengenangkan semula kematian bapanya pada tahun 2013 yang didakwa berpunca daripada perbuatan sihir.


Dikenali sebagai Wan yang juga anak ketiga daripada lapan beradik itu, dia mengesyaki sihir tersebut dihantar oleh saudaranya sendiri selepas keluarga mereka terlibat dalam pertikaian sebidang tanah di Melaka.


Gambar Hiasan




"Ia berpunca daripada tanah tapak rumah kami. Tanah tu arwah ayah dah beli daripada nenek. Ayah saya ni menantu je, ayah beli sebab tak nak timbul isu antara adik-beradik mak saya. Tapi silapnya tak pecahkan geran tanah siap-siap. Tiada hitam putih.


"Jadi bila orang tua semua dah tak ada, jadi isu la. Anak saudara nenek tuntut tanah itu. Dulu dia tiada tanah, tapi nenek saya bagi tapak tu untuk dia buat rumah di sebelah rumah kami. Tanah tu atas satu geran besar yang dipegang oleh nenek.


"Asalnya dia (anak saudara nenek) tiada geran. Geran tanah tu dia dah duplicate (pendua). Macam mana dia buat pun saya tak tahu. Mereka pergi Pejabat Tanah, tapi tak boleh buat apa-apa sebab ikut pada bil elektrik dan air pun, kami dah duduk situ lebih 20 tahun. Bila tak boleh buat apa-apa, mereka guna cara halus," ujarnya kepada mStar.


Tidak lama selepas pertikaian itu, Wan yang bekerja di Ipoh, Perak menerima perkhabaran tentang kematian bapanya dan terus bergegas pulang ke kampung di Melaka.


"Sampai-sampai, saya masuk rumah tengok arwah ayah saya kat ruang tamu. Masa tu ada adik-beradik dan mak. Masa tu juga saya tengok kat dahi arwah ayah berpeluh. Saya tak syak apa-apa. Saya cuba pegang tangan arwah, tapi satu badan dia macam dah kaku, kejang, keras.


"Ibu jari tangan dia je lembut. Kemudian saya pergi report polis, beli kelengkapan untuk kebumikan arwah dan pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Masa nak kebumi, hujan turun selebat-lebatnya. Tapi kami teruskan juga," cerita Wan lagi.


Pada waktu itu, Wan berkata semuanya masih kelihatan normal, namun mereka sekeluarga mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kerana arwah bapanya hadir dalam mimpi adiknya selama tiga malam berturut-turut.


Bagi merungkai misteri yang menyelubungi, Wan berjumpa dengan seorang ustaz sebelum dia dimaklumkan bahawa bapanya meninggal dunia akibat terkena buatan orang.


"Adik bongsu saya mimpi arwah ayah meronta minta tolong, macam lemas. Tiga malam berturut-turut mimpi yang sama. Saya pun berjumpa dengan ustaz. Ustaz kata arwah kena buatan orang.


"Katanya roh ayah 'dikunci' dalam botol. Jadi, bila semua orang dah tinggalkan kubur, barulah roh tu dilepaskan semula. Pada hari kebumi tu juga, anak saudara nenek yang paling banyak menggesa agar cepat-cepat kebumi jenazah. Masa kebumi tu, nampak dia senyum je.


"Tapi kami tak gali balik. Sebab masa jumpa ustaz tu, ustaz cakap dah terlambat. Kalau masa malam pertama mimpi tu dah gali, mesti dapat selamatkan arwah. Ni dah lebih tiga hari. Arwah dah tak ada sebab lemas dalam kubur. Umpama kami tanam arwah ayah hidup-hidup," ceritanya lagi.


Tambah Wan, dia dan keluarganya berpindah dari rumah berkenaan selepas kematian bapanya kerana tidak mahu kejadian sama berulang.


Kisah bapa Wan meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi tentang kejadian itu menerusi ruangan komen di aplikasi TikTok.


Wan berkongsi kisah yang berlaku kepada keluarganya selepas seorang perawat memuat naik video mengenai kewujudan sihir mati atau 'kunci roh'.


Sebagai peringatan, umat Islam dilarang sama-sekali untuk terlibat dalam sebarang amalan sihir yang bertentangan dengan ajaran agama serta al-Quran. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Celakalah hidup mereka yg berbomoh2 ni.


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam macam la....sebab tu kita kena amalkan surah surah cam Al Mulk.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab harta ni macam2 boleh jadi...walaupon cuma sekadar sekangkang kera je pon hartanya...mintak dijauhkan la
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 07:56 PM | Show all posts
me paling takut bab harta pusaka ni terutama sekali tanah atau rumah atau kebun atau barang kemas. biarlah me miskin harta sekali pun, janji tak menyusahkan anak4 kelak
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by grouper at 5-9-2023 08:04 PM

Klau org kena heart attack pun berpeluh gak..patut hantar hospital le. Pandai2 umumkan kematian sendiri. Klau ikut cite ni maksudnya x meninggal lagi le masa diorg tanam tu ye...klau ada foul play x nak plak korek balik....hmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 5-9-2023 06:20 PM
Macam macam la....sebab tu kita kena amalkan surah surah cam Al Mulk.

Surah Al Mulk untuk pendinding ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Eddyka Yusof perawat tu pon ade cerite pasal bende ni.  Sejak akhir2 ni memang servis ini la yang paling banyak permintaan.  

Gini ye..  Roh memang boleh dipinjam dari badan buboh masok botoi.  Badan yang kosong ni memang simptom sume macam mayat..  No heartbeat.  Clinically dead.  Pronounced dead..  So kita bungkos la & tanam macam biase.  

Masalahnye ialah bila roh yang dicuri tu bomoh tu pegi lepaskan balek masok dalam 'jenazah' tu.  Maybe juz before liang lahad tu fully kambus kot.  So this person will suddenly regain consciousness dalam kubor tu menjerit2 & in the end mati dengan tersekse.  Itu yang tukang upah bomoh tu nak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 5-9-2023 08:01 PM
Klau org kena heart attack pun berpeluh gak..patut hantar hospital le. Pandai2 umumkan kematian send ...

Dia dah ikut sop. Bila ada kematian dirumah, kn lapor polis. Polis hadir utk buat pengesahan. Apabila dah ada pengesahan baru boleh kebumikan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram yea. Tapi sihir santau ni memang boleh bagi mati, mula2 bagi sakit menderita sampai mati.  Kita puas happy di dunia orang tu mati tapi rewards dua2 di akhirat nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar hiasan tu mcm area kubur my late father. Al fatihah to my late father
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm xpe la I ols miskin.
I nengok kengkawan yg kaya raya mcm still xpuas dgn ape yg they ol ade.
Hati tu bengkek je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 5-9-2023 08:08 PM
Eddyka Yusof perawat tu pon ade cerite pasal bende ni.  Sejak akhir2 ni memang servis ini la yang pa ...

Susah nk secure appointment ngan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 09:36 PM | Show all posts



Uishhh teruknya la weiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 5-9-2023 09:54 PM

Dalam banyak2 sihir, inilah yang paling kejam..

https://youtu.be/w2W9C8LNff0?si=uP6-TA1ds2DKEsxX

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 5-9-2023 08:01 PM
Klau org kena heart attack pun berpeluh gak..patut hantar hospital le. Pandai2 umumkan kematian send ...

Klu hantar hosp pun, doctr sahkn dah mati....
Nak tau dah mati betul² atau "mati sihir" dgn tgok kuku.....klu kuku tu hitam, bermakna "mati sihir"....kekdg sikit je hitam tu kat hujung jari....cecepat cari perawat utk masukkn balik roh tu....

Org yg buat pegang roh tu upahnya rm1500 je....bila org dah kebumikan, dia akn lepaskn roh tu, meronta² lah org tu dlm tanah....mati kena timbus ....selalunya kematian mcm ni secara mengejut.....tak de sakit ke hapa....

Aku tgok bideo perawat tu terangkn.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2023 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 5-9-2023 08:56 PM
Seram yea. Tapi sihir santau ni memang boleh bagi mati, mula2 bagi sakit menderita sampai mati.  Kit ...

Selalunya santau end up dpt kanser.....
Sbb akn attack dada & perut.....
Jin sendiri ngaku org tu hantar dia bg si mangsa dpt kanser...kanser rahim
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
punchup replied at 5-9-2023 08:02 PM
Surah Al Mulk untuk pendinding ke

Dia nk buat persediaan di dalam kubur.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg aniaya kat org dlm kisah ni memang berani betul ya! Semoga kau pun seberani inilah nak menjawab di 'sana' esok. Mudah2an kau sempat bertaubat!
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2023 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 5-9-2023 10:20 PM
Selalunya santau end up dpt kanser.....
Sbb akn attack dada & perut.....
Jin sendiri ngaku org tu  ...

Yes ada yang kata sampai 200 ekor jin boleh serang tubuh orang tu mana tak dapat sakit end up mati.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.062321 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list