CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3694|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kastam rampas dadah bernilai RM32j di KLIA

[Copy link]
Post time 6-9-2023 12:49 PM | Show all posts |Read mode

ZAZULI Johan (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas di Kompleks Kargo, KLIA pada 29 Ogos lalu semasa sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.




SEREMBAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menerusi rampasan dadah jenis 3,4 Methylenedioxymenthamphetamine (MDMA) bernilai RM32 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Sepang, Selangor pada 29 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuli Johan berkata, dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, sepasukan anggota Kastam daripada cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM telah menyita sebanyak 36 buah kotak di Kompleks Kargo Udara, KLIA.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai sebanyak 12 kotak mengandungi bungkusan plastik lutsinar pelbagai warna dan bentuk pil ekstasi yang mengandungi dadah jenis MDMA dengan berat kasar 436.2 kilogram.

“Pemeriksaan ke atas baki 24 kotak pula menjumpai batu-bata. Modus operandi sindiket ini bagi mengaburi pihak berkuasa adalah dengan cara mengikrarkan barang yang mengandungi dadah sebagai tools (perkakas) sedangkan di dalamnya terdapat kotak yang mengandungi dadah berbahaya dan batu bata,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar kes tersebut di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, Nilai di sini hari ini.

Zazali menambah, siasatan awal mendapati dagangan tersebut diimport dari sebuah negara di Eropah dan mendarat di Kompleks Kargo KLIA sebagai destinasi terakhir.

“Hasil risikan mendapati pengimport menggunakan maklumat palsu di dalam dokumen pengimportan yang menyukarkan tangkapan dibuat ke atas pengimport dagangan tersebut.

“Bagaimanapun, siasatan masih berjalan untuk mengesan suspek dibawah seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Jelas Zazali lagi, berdasarkan jumlah berat dadah yang diperolehi, rampasan ini telah berjaya membanteras daripada diedarkan kepada 2.18 juta orang penagih dadah. Ia juga direkodkan sebagai rampasan terbesar daripada lima rampasan tahun ini.-UTUSAN.
https://www.utusan.com.my/berita ... ilai-rm32j-di-klia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.653897 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list