CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3715|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Suami isteri sebak ambil diploma arwah anak

[Copy link]
Post time 6-9-2023 05:31 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. Sabri Harun (kanan) dan Nik Sandora menaiki pentas dan menerima sijil diploma mewakili arwah anak mereka, Nur Fatihah Mohd. Sabri pada Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson Ke-30 yang berlangsung hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.


PORT DICKSON: Sepasang suami isteri sebak apabila menaiki pentas mengambil sijil diploma milik arwah anak sulung mereka pada Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson Ke-30 yang diadakan hari ini.

Mohd. Sabri Harun, 52, dan isterinya, Nik Sandora Nik Pa, 47, mengambil sijil buat anak mereka, Allahyarham Hanis Nuraishah Nasuha yang meninggal dunia akibat sesak nafas ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor pada 18 Julai lalu.

Allahyarham merupakan antara 583 pelajar yang layak menerima sijil selepas menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga).

Menurut Nik Sandora, anak sulungnya sudah lama menantikan majlis konvokesyen tersebut berlangsung sejak tahun lalu selepas ia ditunda sebelum ini akibat pandemik Covid-19.

“Arwah memang tidak pernah sakit teruk namun secara tiba-tiba sesak nafas dan meninggal dunia pada hari kedua mendapatkan rawatan di hospital.

“Dia memang tunggu panggilan untuk giliran majlis konvokesyennya namun memang belum membuat sebarang persiapan. Memang sedih apabila kami yang mengambil sijil ini untuknya.

“Orang lain boleh melihat anak masing-masing mengambil sijil ini sebaliknya buat kami, tentu sekali rasa sebak, namun kami berbesar hati akhirnya sijil diploma yang ditunggu-tunggu arwah ada pada kami,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.


MOHD. Sabri Harun dan Nik Sandora menunjukkan wajah arwah anak mereka, Nur Fatihah Mohd. Sabri dan sijil yang diterima pada Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson Ke-30 yang berlangsung hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.

Pada majlis berkenaan, sijil diploma tersebut disampaikan oleh bekas Pengarah Politeknik Port Dickson, Mohamad Isa Azhari.

Bagi Mohd. Sabri pula, anaknya itu seorang yang ceria dan baik malah tidak menampakkan sebarang perubahan yang ketara sebelum meninggal dunia.

“Namun, arwah agak sedikit pendiam serta mula makan makanan yang sebelum ini tidak disukainya seperti buah kurma. Sayur bayam yang tidak disukai arwah pun turut jadi makanan kegemarannya.

“Arwah amat rapat dengan adik-adiknya lain memandangkan dia anak sulung serta satu-satunya anak perempuan daripada lima orang adik beradik,” katanya.

Terdahulu, hadirin yang berada di dalam dewan pada majlis tersebut turut bersama-sama membancakan surah al-Fatihah sebelum pasangan suami isteri berkenaan menaiki pentas mengambil sijil tersebut.-UTUSAN.
https://www.utusan.com.my/berita ... diploma-arwah-anak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.416965 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list