CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2936|Reply: 15

[Tempatan] OPR kekal 3.0 peratus [UPDATE]

[Copy link]
Post time 7-9-2023 09:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 3-11-2023 02:09 AM

Update: 2 Nov, 2023






KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Ia selepas MPC membuat keputusan luar jangkaan pada Mei dengan menaikkan penanda aras kadar faedah pinjaman dan tabungan itu sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus, sebelum ia kekal pada mesyuarat berikutnya pada Julai.

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong pertumbuhan ekonomi serta konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.

"MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

Walau bagaimanapun, bank pusat berkata, pertumbuhan global terus terjejas disebabkan oleh inflasi teras yang kekal tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi.

"Perdagangan global juga terjejas disebabkan oleh peralihan perbelanjaan daripada barangan kepada perkhidmatan serta permintaan yang terus berkurang dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E).

"Pertumbuhan di China yang lebih perlahan daripada jangkaan turut menjejaskan ekonomi global. Pada peringkat global, inflasi keseluruhan terus menurun. Meskipun inflasi teras semakin perlahan di ekonomi maju, inflasi tersebut masih melebihi purata jangka panjang.

"Pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank pusat dijangka kekal ketat," katanya.

BNM berkata, prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan, terutamanya disebabkan oleh momentum ekonomi negara maju yang lebih perlahan, inflasi sebenar yang lebih tinggi daripada jangkaan, ketegangan geopolitik yang semakin meruncing dan keadaan pasaran kewangan yang menjadi ketat secara mendadak.

Pada suku kedua tahun 2023, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah terkesan akibat permintaan luaran yang lebih perlahan dan pengeluaran komoditi yang menurun.

"Pada masa hadapan, pertumbuhan akan terus didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dalam keadaan persekitaran luaran yang mencabar.

"Pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan, khususnya dalam sektor berorientasikan dalam negeri, terus menyokong perbelanjaan isi rumah.

Ketibaan dan perbelanjaan pelancong dijangka terus meningkat.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2023 10:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak kurangkan

Bukan ke rafizi kata kalau ringgit jatuh sebenarnya bagus
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 7-9-2023 11:01 PM
Kenapa tak kurangkan

Bukan ke rafizi kata kalau ringgit jatuh sebenarnya bagus

Rafizi tu kalau kt India mau dh di baling dlm tong sampah.. formula caprut
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 7-9-2023 11:01 PM
Kenapa tak kurangkan

Bukan ke rafizi kata kalau ringgit jatuh sebenarnya bagus

Rafizi tu kalau kt India mau dh di baling dlm tong sampah.. formula caprut..Igt senang handle negara
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 7-9-2023 11:05 PM
Rafizi tu kalau kt India mau dh di baling dlm tong sampah.. formula caprut

Sebelum ni rafizi lah pujaan ramai acik2 dalam forum ni

Bangga sungguh mereka pabila berkongsi formula2 yang dibuat rafizi

Sape2 yang tak setuju dengan formula2 tersebut, akan di cop bengap, bahlol, bodoh, dungu etc

Tuhan dah tunjuk dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2023 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 7-9-2023 11:06 PM
Rafizi tu kalau kt India mau dh di baling dlm tong sampah.. formula caprut..Igt senang handle nega ...

Sebelum ni rafizi lah pujaan ramai acik2 dalam forum ni

Eh jap macam pernah tulis..

Erm.. Bangga sungguh mereka pabila berkongsi formula2 yang dibuat rafizi

Dah pernah reply komen awak ni.. takpw bangkem sambung..

Sape2 yang tak setuju dengan formula2 tersebut, akan di cop bengap, bahlol, bodoh, dungu etc

Tuhan dah tunjuk dah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lanacondor at 7-9-2023 11:26 PM
kemaruk replied at 7-9-2023 11:08 PM
Sebelum ni rafizi lah pujaan ramai acik2 dalam forum ni

Bangga sungguh mereka pabila berkongsi fo ...


Huntung dia abis 5 tahun dpt pencen menteri.. penyokong dpt opr naik.. tahniah la.. masa zaman Najib ramai kata serba serbi mahal.. ni zaman "menteri kewangan Dan menteri ekonomi terbaik Asia"  apa macam. Formula terjunam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2023 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 7-9-2023 11:17 PM
Huntung dia abis 5 tahun dpt pencen menteri.. penyokong dpt opr naik.. tahniah la.. masa zaman Naj ...

Zaman najib dulu pensokong PH meracau racau pabila harga barang naik.. macam dah nak mati dah mereka waktu tu, umpama nyawa dah hujung halkum dah

Rupanya lakonan semata mata.. bila dah berkuasa, harga barang naik sini sana pon dorang pura2 tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 7-9-2023 11:24 PM
Zaman najib dulu pensokong PH meracau racau pabila harga barang naik.. macam dah nak mati dah mere ...

Hrp xjd la krisis ekonomi mcm 1998... Zmn bang non ngn madey jg masa tu.. bbnu mn tau.. pangkah ikut suka je
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 07:28 AM | Show all posts
X habis2 la si sekor dok salai nama najib....nak kata sakit mental tp bunyi cam waras. Lucu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2023 10:07 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 7-9-2023 11:05 PM
Rafizi tu kalau kt India mau dh di baling dlm tong sampah.. formula caprut

Kene bakar trus dah klu kt india
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 10:32 PM | Show all posts
stingerkaypoh replied at 8-9-2023 07:28 AM
X habis2 la si sekor dok salai nama najib....nak kata sakit mental tp bunyi cam waras. Lucu!

Fetish nak main dgn Jibby...,


Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kaseh Najib. Rindu era Najib
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 07:16 AM | Show all posts
Sepi teros topik ni...kalau opr naik kan masing2 cam nak kiamat melalak hentam gomen. padahal time PoeN cirit 33 bulan tu memerintah lah kerap naik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.060161 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list