CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5426|Reply: 0

[SEJARAH] MISTERI BUKIT JUGRA

[Copy link]
Post time 7-9-2023 11:08 PM | Show all posts |Read mode
MISTERI BUKIT JUGRA



Mengikut maklumat beberapa orang yang ahli dalam Kebatinan menyatakan bahawa bukit Jugra mempunyai hubung kaitnya dengan gunong Ledang.Dikatakan Puteri Gunong Ledang akan berada diJugra pada bulan Purnama 13,14 dan15 hari bulan melayu setiap bulan.Dan dinyatakan juga perhimpunan keseluruhan para Wali Wali Allah diseluruh semenanjung juga dijalankan dibukit Jugra dan Gunung Ledang.Dinyatakan juga bukit jugra dizaman dahulu sewaktu lanun bermaha raja lela diSelat Melaka, segala hasil rampasan dan rompakan para Lanun itu akan dibawa singgah sebentar dimarkas para Lanun diTanjung Tuan Pord Dikson Negeri Sembilan. .Disana mereka beristirehat dan membahagikan sebahgian kecil hasil rampasan dan rompakan.Manakala sebahgian besar dari hasil tersebut akan dibawa keJugra untuk disimpan disatu tempat yang telah dibena khas oleh para Lanun.Ianya merupakan sebuah terowong bawah tanah.

Beberapa ahli Kebatinan yang dapat mengesan tempat tersebut beberapa kali mencuba untuk menghampiri terowong tersebut yang dikatakan telah dipagar secara ghaib dan dijaga oleh sekumpulan para Jin dan mahlok mahlok halus lainnya.Setiap usha menemui kegagalan.Ahli Kebatinan yang tidak berputus ase ini juga pernah berusha bergabung dengan ahli ahli Kebatinan dari Indonisia dan Berunai .Berpadu tenaga Kebatinan untuk memecahkan pagar Ghaib dan mengusir Pengawal dan Penjaga terowong tersebut yang terdiri dari beberapa kumpulan Jin dan mahlok halus lainnya.Namun usha usha tersebut semuanya mengalami kegagalan.Dilokasi inilah jumlah harta karun yang terbanyak dikawasan bukit Jugra.Dilokasi lokasi lain disekitar bukit Jugra dan kawasan berhampiran juga ada terdapat harta karun tetapi tidaklah banyak saperti didalam terowong yang dimaksudkan tadi.Inilah terowong pertama dibina diJugra.Terdapat 3 terowong bawah tanah diJugra.2 lagi terowong tiada kaitan dengan para Lanun yang dimaksudkan tadi.Selain itu bukit Jugra juga mempunyai 2 buah gua.1 lokasinya berada diatas bukit.Dan 1 lagi berada dikaki bukit.Namun kedua duanya dialam ghaib.

Diceritakan oleh orang orang tua dizaman dahulu.Gua diatas bukit tersebut menjadi tempat pertapaan seorang petapa bernama SANG ADI PUTERA.Adik beradik kepada seorang lagi petapa bernama SANG PESATA NALA.Wallahhuaklam.Kedua petapa ini merupakan adik beradik 1 emak dan 1 bapa,dan merupakan GURU kepada 5 HULUBALANG MELAKA.Hang Tuah Hang Jebat.Hang Lekir.Hang Leque dan Hang Kasturi.Sang Adi Putera adalah guru pertama kelima lima Hulubalang ini.Salepas tamat belajar dengan Sang Adi Putera melalui firasat beliau,mengatakan bahawa pada satu hari nanti kelima lima bersaudara ini akan mengiringi Sultan Melaka ketanah Seberang,(INDONISIA).Kerana itu beliau meminta kelima lima bersaudara ini agar apabila tiba waktunya mengiringi Sultan Melaka bertemu dan bergurulah dengan abang kandungnya pula Sang Pesata Nala.

Yang menarik dan menakjubkan pula mengenai Sang Pesata Nala.Beliau menerima kelima lima saudara ini berguru dengannya.Apabila telah tamat beliau ada menyatakan kepada kelima lima bersaudara ini bahawa satu masa nanti Hang Jebat akan mati ditangan Hang Tuah.Dan pekara ini benar benar terjadi.Bagitulah kelebihan manusia yang mempunyai ilmu Kebatinan yang tinggi,yang mana RAHSIA KEBATINAN itu hanya empunya diri dan Allah S.W.T.sahaja yang mengetahui. Tiada satupun yang mustahil dengan keizinan Allah S.W.T.Wallahhuaklam

Kesimpulan.
1.Tidak ada pekerjaan yang terlalu mudah dan cepat untuk mendapatkan kesenangan hidup.Usha atau ikhtiar untuk mendapatkan harta karun umpama memancing dilautan yang luas dan dalam.Malah lebih dari itu.
2.Jalanilah kehidupan ini berpandukan agama Islam.Berpandukan Al Quran ,hadis.Ilmu usul,Fekah,Tasauff.Sejarah dan juga Fakta.
3.Setiap sesuatu kejadian yang dijadikan ada hikmah yang tersurat dan tersirat.

Tahukah Anda..
Bukit Jugra, Selangor terdapat satu laluan Rahsia yang menempatkan Makam Raja Berayun serta Makam Para Panglima Purba, selain 4 Gedung Senjata Purba dan Gua Berpenjaga yang menyimpan harta berusia 500 tahun dan yang tembus ke Alam sebelah sana...Dikawal ketat oleh para Penjaga.....
Sesiapa yang mampu tembus disebalik Gua akan mampu melihat suasana alam disebalik sana dengan iaitu Kerajaan Jin yang besar siap dengan Kota dan Pelabuhan 'mereka" yang berdagang disebalik Muara Bukit...

Misteri istana lama dan peti besi

HANYA menunggu masa untuk menyembah bumi. Itulah gambaran yang tepat kepada sebuah rumah agam yang terselindung di sebalik rimbunan semak-samun di Kampung Permatang Pasir, Jugra.

Walaupun sebahagian besar daripada strukturnya sudah musnah, reka bentuk asas yang berdiri dengan sokongan enam batang tiang gergasi jelas menunjukkan ia bukan sembarangan rumah.

Bahkan penulis pada mulanya langsung tidak menyangka bahawa sisa-sisa runtuhan rumah yang berdiri di depan mata itu adalah sebuah istana. Istana milik Sultan Abdul Samad Al-Marhum Raja Abdullah.




Tersorok jauh di dalam kebun buah-buahan kira-kira 300 meter dari laluan utama Kampung Bukit Jugra, tidak ramai yang menyedari kewujudan istana tersebut.

Kehadiran penulis pada petang itu diiringi oleh Mohamad Ali Alimin, pengkaji sejarah mukim Jugra yang membawa bersama sekeping gambar lama sewaktu istana tersebut masih lagi berpenghuni.

Kami mengambil masa beberapa minit untuk mencari lokasi gambar tersebut dirakam. Pada kedudukan yang sama, persekitaran dan imej mula menunjukkan kesepadanan, jelas menandakan ia adalah subjek yang sama.

Menurut buku Sentosa Ketakhtaan, istana berusia lebih 150 tahun yang dibina di atas sebidang tanah di pinggir Bukit Jugra itu dikenali sebagai Istana Sedang Masa semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad antara 1857 hingga 1898.

Mohamad Ali berkata, selain menjadi tempat bersemayam sultan, istana tersebut pernah menggemparkan penduduk negara melalui penemuan sebuah peti misteri yang dipercayai menjadi tempat penyimpanan harta-harta berharga kepunyaan Sultan Abdul Samad.

Katanya, pada 1968, kewujudan peti besi itu mula mendapat perhatian umum apabila usaha Jabatan Muzium untuk memindahkan peti dari istana itu ke Muzium Selangor berdepan dengan pelbagai perkara pelik dan luar biasa.



Salah satu daripadanya adalah kesukaran yang dihadapi kakitangan muzium untuk mengangkat peti sehingga terpaksa menggunakan khidmat kren.

"Memang pelik kerana saiz peti itu hanya satu meter panjang dan setinggi paras paha. Secara logiknya ia boleh diusung oleh empat hingga lima orang.

"Kejadian misteri itu tidak berakhir di situ kerana selepas dipindahkan ke muzium berlaku banyak gangguan terhadap kakitangan dan pelawat.

"Lebih kurang seminggu kemudian pihak muzium mengambil keputusan menghantar semula peti itu ke tempat asalnya,'' ujar ahli jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia Selangor itu.

Namun katanya, peti besi tersebut sudah tiada di istana usang itu kerana telah dipindahkan oleh kaum kerabat sultan iaitu Raja Kasim yang mendakwa bertanggungjawab menjaga peti berkenaan.

Menurut Mohamad Ali, semasa di bangku sekolah beliau sendiri pernah menjejakkan kaki ke istana itu untuk melihat peti besi yang dikatakan boleh memberi hadiah kepada sesiapa yang bernasib baik ketika membukanya.

"Seingat saya semasa darjah tiga saya pernah naik ke tingkat atas istana dan membuka peti besi itu. Tidak ada apa-apa hanya ada surat khabar lama.

"Orang kata ada jumpa duit emas, keris dan macam-macam bergantung pada nasib tapi saya tidak percaya sangat,'' katanya.

Selain tinggalan istana milik Sultan Abdul Samad, turut kelihatan sisa-sisa daripada Istana Long Puteri iaitu cucunda Sultan Abdul Samad yang terletak berhampiran. Semuanya dalam keadaan terbiar.
Sebenarnya banyak lagi kisah2 misteri berkenaan bukit Jugra.hanya ini yg dpt admin kongsikan.




Sumber:https://www.facebook.com/Klang.S ... 7I7wPfN3Ws&_rdr

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.036202 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list