CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1908|Reply: 0

[Selangor] MPKS pantau tapak pelupusan haram Jalan Kepong-Kuala Selangor

[Copy link]
Post time 9-9-2023 12:43 PM | Show all posts |Read mode

Tapak pelupusan sampah yang mencetuskan kebimbangan kepada penduduk Puncak Alam. FOTO: Saddam Yusoff

KUALA SELANGOR – Tapak pelupusan sampah di Jalan Kepong-Kuala Selangor, di sini didapati beroperasi tanpa kebenaran sah dan menyalahi undang-undang.

Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Mohamad Yusli Askandar berkata, tapak pelupusan sampah yang dibenarkan di daerah ini hanya terletak di Jeram yang menggunakan kaedah  secara sanitari dan terurus.

Justeru, katanya, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap individu atau syarikat kontraktor yang membuang sampah di lokasi tersebut.

“MPKS boleh mengambil tindakan kompaun kepada pihak didapati melakukan kesalahan berkenaan. Tindakan rampasan tanah juga boleh dilakukan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor,” katanya hari ini.

Kosmo! pada 4 September lalu melaporkan kehidupan aman dan tenteram penduduk di sekitar Puncak Alam bagaikan diragut apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah binaan dan makanan hingga mencemarkan sungai dan mengundang lalat di kawasan perumahan.

Kewujudan tapak pelupusan di Jalan Kepong-Kuala Selangor sejak setahun lalu itu juga mengundang bau busuk kepada 13,000 penduduk selain dibimbangi boleh mendatangkan penyakit bawaan
air dan rumah dihurung lalat. -KOSMO!ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ong-kuala-selangor/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.042621 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list