View: 3225|Reply: 0
|
[Melaka]
Warga emas agih wang dalam bentuk origami, hargai kemerdekaan dan Hari Malaysia
[Copy link]
|
|
Teoh Hai mengagihkan wang RM1 menjelang sambutan Hari Malaysia. FOTO NAZRI ABU BAKAR
Melaka: Sebagai tanda kasih sayang dan semangat patriotik, seorang warga emas terus mengagihkan wang kepada orang ramai yang dilakukannya sejak 24 tahun lalu.
Teoh Hai Siang, 67, mengagihkan ratusan wang RM1 yang dibentuk bunga dan pelbagai bentuk origami dan diagihkan kepada orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama.
Menurutnya, dia sudah berbuat demikian sejak 1999 sebagai menghargai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang sama-sama meraikan sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia setiap tahun.
Katanya, dia membuat sendiri wang berkenaan hasil idea untuk memberi nilai tambah kepada ikatan kemesraan dalam kalangan penduduk di negara ini terutama di Melaka.
"Sejak bulan kemerdekaan sehingga sambutan Hari Malaysia, saya biasanya akan memberikan wang RM1 terbabit kepada penduduk tidak mengira usia termasuk dibentuk seperti bunga teratai, baju dan hati.
"Saya masih banyak wang simpanan yang ada untuk diagihkan kepada komuniti termasuk anak muda.
"Kebiasaan mereka agak terkejut selepas diberikan wang terbabit namun selepas dijelaskan tujuan saya mereka gembira," katanya ketika di temui di bandaraya Melaka.
Menurutnya, selain menjadikan wang berkenaan sebagai sagu hati, ia juga membolehkan usaha dan kreativiti terbabit dikongsi bersama dalam masa sama menggembirakan orang ramai.
Dia yang menetap di bandaraya bersejarah berkenaan yakin inisiatifnya boleh menjadi ikutan kepada mereka yang bermurah hati untuk berbuat seperti apa yang dilakukannya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... emerdekaan-dan-hari |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|